PAC kata kes enjin F5E yang hilang itu telah ditutup. Tidak ada juga pegawai peringkat atasan TUDM yang terlibat. Heran juga bila PAC kata enjin itu hilang semasa di dalam simpanan (safe custody) di Sg. Besi (KL Base).
Setahu saya KL Base tu ketat kawalannya, setiap kenderaan yang masuk melalui guard room utamanya diperiksa rapi hatta bas yang membawa penumpang keluar/masuk pun diperiksa dengan teliti.
Walau bagaimana pun pengkalan ini pernah diroket dari arah jalan Chan Sow Lin suatu ketika dulu sehingga mengakibatkan semua rumah setinggan di tepi pagar tersebut dihapuskan.
Disamping itu pengkalan ini juga mempunyai satu lagi lapisan pagar yang mengasingkan jalan utama dengan kawasan operasi. Dan saya percaya mungkin enjin tersebut disimpan disalah satu hanger di dalam kawasan operasi tersebut.
Mana mungkin enjin sebesar itu dapat diseludup keluar dari pengkalan TUDM tersebut tanpa melalui 2 guard post.
Kalau pun enjin itu keluar dari pengkalan tersebut, ianya hanya boleh menggunakan trailer TUDM sahaja untuk mengangkut keluar. Bagaimana untuk menaikkan enjin itu ke atas trailer?, ianya juga mesti menggunakan forklift TUDM.Kenderaan awam yang lain tidak dibenarkan masuk dikawasan ini.
Penyiasatan mesti diteruskan dan tidak boleh ditutup begitu sahaja. Yang bersalah mesti tetap menerima hukuman.
Presiden PAS Selamatkan Mangsa Lemas
Tuesday, January 26, 2010
Sunday, January 24, 2010
Sah!!!!!!!!!!
Takziah di atas kemangkatan Sultan Johor. Dirgahayu kepada Tuanku Sultan Johor yang baru dimasyhorkan.
Syabas kepada MB Johor yang telah mengumumkan permasyhoran tersebut.
Nota:
Kira Johor bernasib baik la sebab MBnya yang sah telah mengumumkan permasyhoran itu.......... renungkan la.

Wednesday, January 20, 2010
RM 12 Juta vs.RM 50 juta
Apa la sangat RM 12 juta tu kalau nak dibandingkan dengan sebiji enjin F5E yang hilang tu. Harapan yang UBN sandarkan ialah supaya peneroka ni tak lupa nak memangkah mereka pada pilihanraya akan datang. Maklum la nak menunjukkan Kerajaan Malaysia ni adil..........kononnya.
Kalau betul-betul adil keluarkan keputusan MB Perak yang sah dan Kota Siputeh. Mengapa diperap sehingga jadi pekasam. Nanti bila keputusan keluar, keputusan tu jadi busuk dan berulat.

Tuesday, January 19, 2010
Penderitaan Vateran UMNO
Tn. Hj. Abdul Aziz ni masa muda-muda dulu bekerja sebagai pemandu kereta jabatan penerangan, gerik. Bersama-sama bekerja dengannya ialah, bekas MB Perak, Wan Mohamad Wan Teh. Sewaktu zaman wayang pacak @ wayang propaganda dulu, namanya cukup popular dikalangan pencinta wayang pacak ni, sehingga diberi gelaran "Aziz Wayang".
Namun segalanya telah berakhir dek usia dan penyakit yang dihadapinya. Mengerjakan Haji pada tahun 2008.
Sesungguhnya beliau ini berkawan rapat dengan pemimpin UMNO Gerik, dari Tajol Rosli hingga lah keperingkat sebawah-bawahnya. Boleh dikatakan semua orang UMNO Gerik kenal dengannya. Dan sepatutnya beliau tidak ada masalah untuk mendapatkan bantuan dari UMNO Bahagian Gerik.
Tetapi ini tidak berlaku kepada beliau. Setelah berpuluh tahun menghamba abdikan diri beliau dengan UMNO, balasannya baru sekarang diterima.
UMNO sekarang dah kaya raya, dan ada rasa ego, banyak kuasa, makanya orang-orang seperti Tn. Hj. Abdul Aziz ini tak layak buat UMNO untuk membantunya. UMNO akan membantu golongan-golongan yang sudah kaya raya, yang berpengaruh besar dsbnya.
Bekas wakil Rakyat Temengor, Dato' Ustaz Mokhtar Mat Kaya tinggal berhampiran rumah beliau. Kak Teh Zaharah, bekas Ketua Wanita UMNO Bahagian Gerik jugak jiran tetangganya. Apakah mereka ni buta dan pekak ke?, sehingga tak dapat membantu veteran UMNO yang sedang memerlukan bantuan ini?
Oleh itu ingat lah saudara-saudara ku orang UMNO, kamu akan disayangi oleh UMNO bilamana tenaga mu masih kuat, wang mu masih banyak, undi mu diperlukan. Kamu akan dinyahkan apabila kamu sudah tua bangka, berpenyakit, miskin daif dsbnya,
Masih kah kamu, hai orang-orang UMNO ingin bernaung di bawah parti yang terlalu egoistik ini. Jadikan luahan Tn. Hj. Abdul Aziz ini sebagai iktibar, walau sebesar mana jasamu kepada UMNO, akan tiba satu hari nanti engakau akan diibaratkan sebagai sampah masyarakat oleh UMNO.
Beralih arahlah dari sekarang sebelum terlambat. Masih ada parti yang satu-satunya memperjuangkan dasar ISLAM yang adil dan syumul. Disana saudara akan dapat menikmati ukhwah ISLAM yang sebenar. Ahli-ahlinya ada di setiap waktu solat di masjid-masjid. Berjumpalah dengan mereka, Insya Allah saudara-saudara akan disambut dengan ikatan ukhwah yang saudara-saudara tidak pernah merasinya di dalam UMNO.
"Selamat Berjuang Saudara-Saudara Ku Dalam PAS"

Wednesday, January 13, 2010
Kenapa Kita Bantah Penggunaan Kalimah Allah Oleh Kristian
Soalan: Kenapa mahu marah-marah Kristian pakai kalimah Allah? Kenapa perlu berebut? Yang penting kita tahu Allah itu siapa sudahlah !
Jawapan: Isu 'Allah' ini bukan isu perebutan nama. Ia adalah isu akidah, isu falsafah, isu maqasid di sebalik nama itu. Kita tidak marah kalau Kristian mahu menisbahkan Allah kepada Tuhan yg sebenar. Tiada masalah. Tapi kita tidak setuju kalau dikatakan Allah itu adalah Roh Kudus dan Jesus atau sebaliknya atas sebab Trinity yang mereka pegang. Bukankah di dalam Bible menyebut "Aku dan 'Bapa' adalah satu"?
Soalan: Tetapi musyrikin Makkah dan Arab pada zaman Nabi pun pakai nama Allah. Bapa Nabi pun bernama Abdullah. Apa masalahnya?
Jawapan: Memang musyrikin Arab memakai kalimah 'Allah' bila mereka merujuk kepada Tuhan. Betul. Tapi menjadikan alasan itu bagi menghalalkan penggunaan 'Allah oleh Kristian Trinity adalah tidak kena. Kerana musyrikin zaman itu memahami 'Allah' itu sebagai Tuhan yang sebenar. Mereka tidak menisbahkan 'Allah' itu sebagai Latta dan Uzza dan berhala-berhala yang mereka sembah. Sebab itu mereka digelar 'musyrikin'.
Soalan: Tapi Allah ada sebut “Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid) (al-Ankabut:63).
Kan kita disuruh mengucap Alhamdulillah bila non-muslim mengaku Allah itu Tuhan. Jadi, kenapa anda hendak halang?
Jawapan: Sebab itulah pentingnya sebelum mengambil apa-apa dalil mesti kita faham asbabun nuzul dan tujuan ayat itu turun. Sama seperti ayat 'La ikraha fiddin'. Ia ditujukan kepada mereka yang memaksa bukan Islam masuk Islam bukan sebaliknya. Sebab itu adanya golongan Islam Liberal yang menggunakan ayat ini secara umum bagi menghalalkan murtad.
Hakikatnya ayat ini ditujukan kepada Musyrikin Arab yang berada di sekitar Nabi saat itu. Bukan kepada seluruh 'bukan Islam'. Sebab itulah Islam tidak membantah. Sebab itu jugalah Nabi disuruh mengucapkan syukur. Sebab musyrikin itu masih kenal dan tahu siapa Allah yang sebenar walaupun disyirikkan dengan menyembah berhala.
Maka bersyukurnya Nabi pada hal itu adalah benar.
Bukannya untuk Kristian yang mengatakan Allah dan Jesus itu adalah satu. Yang mengatakan Allah itu Jesus dan Jesus itu Allah. Yang mengatakan Jesus itu diri Allah yang boleh disentuh, didengar, diam bersama, dirasa etc.
Munasabahkah kita bersyukur apabila Kristian mengatakan Allah Jesus yg menurunkan hujan dari langit? - Maka kesyukuran kita itu adalah pada hal yg batil.
Soalan: Tapi bukankah Allah ada sebut: (maksudnya) “Sesungguhnya telah kafirlah mereka yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah salah satu dari yang tiga (triniti)”. padahal tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan Yang Maha Esa..(Surah al-Maidah ayat 73). Jadi yang penting konsep. Bukan nama. Setuju?
Jawapan: Ayat ini secara jelas membantah penggunaan kalimah 'Allah' untuk dinisbahkan kepada Jesus dan Roh Kudus. Inilah yang mereka mahu buat pada hari ini. Ini yang kita bangun membantah. Inilah isu yang mendasarinya. Ini bukan soal istilah saja.
Kalau mereka menisbahkan Allah itu kepada Tuhan yang sebenar dan bukan kepada yang lain seperti yg dibuat musyrikin pada zaman nabi, kita pun tak mahu nak halang. Qulilhamdulillah!
Soalan: Bukankah Quran mengakui bahawa adanya tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak dalam Surah al-Hajj ayat 40. Jadi apa masalahnya kalau gereja Katolik mahu menggunakan nama Allah? Mereka berhak.
Jawapan: Memanggil 'nama Allah' dan 'Allah' adalah 2 hal yg berbeza. Tolong bezakan.
Sudah berzaman penganut agama Tauhid memanggil Tuhan yang sebenar dengan bahasa mereka atau bahasa kitab mereka. Bani Israel mungkin memanggilnya Eloh, orang Nusantara mungkin memanggil-Nya Dewata Mulia Raya, orang Parsi mungkin memanggil-Nya Ahura Mazda. Dan bila mereka sebut nama-nama itu, memang mereka merujuk kepada Tuhan yang sebenar iaitu Allah. Sama apabila kita menyebut Ar-Rahman, Ar-Rahim, Al-Malik, maka kita merujuk kepada Allah, Tuhan yang sebenar. Bukan kepada yang lain.
Jadi andaikata mereka mahu meminta hak sekalipun, yang mereka boleh minta adalah kalimah yang ada dalam kitab mereka. Eloh, Elohim, Yahweh. Bukan 'Allah'.
Soalan: Tetapi bukankah Kristian Arab juga memakai kalimah 'Allah' di dalam Bible mereka? Tidak pula kerajaan Arab menghalang.
Jawapan: Kebanyakan Kristian Arab yang memakai kalimah 'Allah' dalam terjemahan Bible (dipanggil Kitabul Muqaddas) adalah Kristian Unitarian. Yang percaya Allah itu Esa. Katolik Malaysia Unitarian kah? Tentulah tidak. Mereka adalah Kristian Trinitirian. Kristian Trinitirian mengkafirkan Kristian Unitarian.
Soalan: Tetapi Kristian Indonesia juga memakai kalimah 'Allah' di dalam Bible. Bukankah mereka Trinitirian juga? Dan Indonesia masih lagi kekal sebagai negara Islam terbesar di dunia. Tidak ada masalahpun. Kita ni mahu ditertawakan oleh Indonesiakah?
Jawapan: Tahukah anda disebabkan liberalnya agama di Indonesia maka ada premis pada hari Jumaat menjadi masjid, pada hari Sabtu menjadi kuil dan pada hari Ahad pula bertukar menjadi gereja?
Adakah anda mahu Masjid Putrajaya menjadi Gereja St Thomas pada hari Ahad? Mungkin tidak hari ini ! Tapi 50 tahun lagi ?
Soalan: Kita mesti menjaga akidah dengan ilmu. Maka didiklah generasi muda kita. Mesti mereka tak akan salah faham kalau Kristian gunakan 'Allah' sekalipun. Tak perlu larang pun.
Jawapan: Ini bukan masalah keliru sahaja. Ia juga masalah falsafah dan maqasid yang ada disebalik kalimah Allah. Syariat Islam turun dan memurnikan kalimah 'Allah' itu selama 1400 tahun. Hari ni awak sanggup membiarkan kalimah itu tercemar?
Dakwah dan mendidik satu hal. Preventif satu hal. Dua-dua kena ada. Tuhan tak suruh Iqra' sahaja. Tuhan suruh laksana Hudud Qisas juga. Tuhan suruh "Az-zaniyatu waz-zaani fadzlidu kulla wahidim-minhuma miata jaldah". Ini apa? Preventiflah.
Jika tak perlu preventif, rombaklah Kanun jenayah negara. Berikan pendidikan saja, nescaya rasuah, mencuri, rompak, rogol tidak akan berlaku. Berani jamin?
Soalan: Bukankah dengan penggunaan kalimah 'Allah' akan menyebabkan mereka akan lebih memahami Islam dan kita boleh mengambil peluang ini untuk berdakwah kepada mereka? Malah mungkin mereka juga akan terkeliru dengan konsep Triniti sebab 'anak Allah adalah Allah". Ini kelebihan kepada umat Islam!
Jawapan: Bagaimana untuk mereka lebih memahami Islam dengan cara begitu? Mereka bukannya baca kalimah 'Allah'. Sebab kalimah itu cuma ada dalam Bible bahasa Melayu atau akhbar Herald bahasa Melayu. Mereka baca dalam Bible berbahasa Inggeris. Yang ada cuma 'God'. Jadi, untuk siapa Bible Melayu ini ditujukan?
Kalau mahu ditujukan kepada Kristian Malaysia Timur, kaum Iban dan Kadazan contohnya, maka gunalah bahasa mereka. Kalau mahu standard di dalam bahasa Melayu, maka gunalah 'Tuhan'. Itukan bahasa Melayu? Kalimah 'Allah' bukan berasal dari bahasa Melayu, apatah lagi Iban atau Kadazan atau Murut.
Jika anda boleh mengatakan Kristian akan terkeliru maka kenapa anda tidak mengatakan orang Islam juga boleh terkeliru? Maka tak perlulah pakai. Dua-dua tidak akan terkeliru. Akidah orang Kristian terjaga, akidah orang Islam pun terjaga. Cari penyakit buat apa?

Saturday, January 9, 2010
ALLAH DAN PENAARIFANNYA!
Kalimah "Allah" asalnya dari bahasa Arab, yg diseru-sebut sebagai nama Tuhan sebelum jahiliah lagi malah "Allah" itu sendiri diyakini kewujudan dan keesaanNya oleh bangsa Arab sebagai Tuhan Yang Maha Tinggi dan disembah sesuai dgn perutusan yg dibawa oleh Nabi Allah Ibrahim a.s.
Sayangnya, peredaran masa yg berlalu begitu lama dan panjang dari era Ibrahim a.s. hingga keera kerasulan Muhammad s.a.w. menyebabkan masyarakat Arab, yg mulanya menerima konsep keesaan Allah menurut millah Ibrahim a.s. itu, kiranya terdedah dgn unsur-unsur negatif dan penyelewengan, yg menyusur masuk kedalam tradisi dan kepercayaan bangsa Arab sehingga akidah mereka yg suci terjejas.
Penyelewengan kepercayaan dan akidah itu ketara ditahun Masehi 300 sesudah runtuhnya empangan Ma'arib diselatan Tanah Arabia, dan disinilah bermulanya era baru yg dikenali sebagai Zaman Jahiliah, suatu zaman begitu gelap bagi bangsa Arab, dimana pemujaan dewa-dewi dan berhala serta amalan animisma berleluasa apabila mereka meletakkan objek dan imej pelbagai bentuk-rupa untuk disembah bagi mendapatkan restu sbg amalan keagamaan, namun kalimah "Allah" tetap dibibir mereka dan sering digunakan sebagai kata sumpahan.
Demikian kalimah "Allah" bagi bangsa Arab, yg amat memahami maksud yg tersurat dan yg tersirat – baik golongan Arab Muslimin; Arab Musyrikin, Arab Kristian mahupun golongan Yahudi yg menghuni ditengah-tengah masyarakat Arab. Kalimah "Allah" begitu mudah dan jelas diucapkan dikalangan mereka kerana kalimah itu adalah kalimah yg terbit dari bahasa ibunda mereka sendiri. Akan tetapi, mereka yg diluar Arab, mendapati sukar menuturkannya dgn jelas, fasih dan tepat, dan bagi penganut-penganut agama Islam lainnya, sekalipun bukan keturunan Arab, ucapan kalimah "Allah" begitu mudah dipertutur dlm kehidupan seharian, kerana ia merupakan kalimah paling suci dan sering disebut berulangkali dlm solat dan dzikir.
Kalimah "Allah" adalah nama Tuhan bagi orang-orang Islam maka begitulah "Yahweh" (يهوه) bagi orang-orang Yahudi; Jesus atau Christ bagi orang-orang Kristian ataupun God dan Lord sementara tuhan atau dewa-dewi bagi agama lain seperti Budha, Hindu, Majusi, diberikan nama tertentu yg diguna pakai dlm penyembahan mereka.
Kalimah "Allah" itu begitu asing bagi mereka yg bukan Arab dan juga bukan Islam, menyebabkan terkelu lidah mereka utk menyebutnya, selain kaedah mengeja dan menulis kalimah itu, tidak mampu membunyikannya dgn tepat dan jelas maka itulah kalimah الله"" begitu eklusif kedudukannya dalam pertuturan dan sintaksis bahasa Arab.
Penaarifan ataupun definasi "Allah" dari sudut pemahaman makna dan maksud begitu berbeza sekali dgn pemahaman maksud "tuhan" yg dipercayai dan diamal oleh penganut-penganut agama luar Islam. Penaarifan dan definasi "Allah" disisi Islam begitu jelas iaitu berpaksikan tawhid atau kewujudan Allah Yg Maha Esa, yg zatNya dilitupi oleh أسماء الحسنى" " (Nama-Nama atau Sifat-Sifat Yg Mulia) sementara agama lain, mempercayai dan meletakkan imej, makhluk, benda ghaib, roh, binatang, bermacam makhluk dan kejadian alam sebagai tuhan utk disembah dan dipuja.
Apabila kalimah "Allah" itu desebut maka ia membawa pengertian Tuhan Yg Maha Esa; tidak berbilang; tidak bersekutu; tidak berbapa; tidak beribu; tidak beranak atau diperanakkan; tidak berpasangan; tidak bercucu, dan tidak bercicit; dlm erti kata lain, tidak menyerupai atau menyamai apajuapun makhluk, semangat, roh, batu, api, bulan, bintang dan sebagainya. Sehubungannya Allah berfirman هوالله أحد. الله الصمد. لم يلد و لم يولد. ولم يكن له كفؤا أحد" – الإخلاص 4-1 قل [Mfhm: "Katakanlah (wahai Muhammad), Dia adalah Allah Yg Maha Esa; Allah, yg bergantung kepadaNya segala sesuatu; Dia yg tidak beranak dan tidak pula diperanakkan; dan tiada sesuatupun yg setara denganNya"].
Apakah pengertian atau semantic kalimah "Allah" sedemikian ini diaku-terima oleh penganut agama lain lebih lagi oleh golongan Kristian yg hendak menggunakannya dlm risalah agama mereka? Mengapa harus digunakan kalimah "Allah" yg skrip jawinya الله"" kalau ianya tidak disebut atau tertulis didalam Injil? Mengapa baru sekarang ini kalimah "Allah" diperlukan? Untuk apa? Kewujudan Allah Yg Maha Esa, bukan akar-umbi kepercayaan Kristian; konsep ketuhanan mereka ialah "Trinity" – satu dlm tiga; dan tiga dlm satu; jadi mengapa mereka perlu menggunakannya sekalipun ianya bertentangan dgn kepercayaan mereka? Apakah mereka jujur? Sukar penafiannya jika dikatakan mereka menggunakannya sekadar mahu mengelirukan konsep keesaan Allah yg menjadi pegangan orang-orang Islam! Kemungkinan cakap-cakap pasar dlm dialog nanti bunyinya seakan begini; "Aِnda orang Islam percaya "Allah" sbg Tuhan maka kami pun begitu, percaya kpd "Allah"; dan "Allah" kami adalah Holy Spirit (Bapa)!".
Kalimah "Allah" yg tiada sekatan penggunaannya oleh agama lain akan lebih parah jadinya bilamana patung terbesar didunia misalnya, selain benda-benda dan pelbagai imej beraneka rupa yg lain akan juga dinamakan sbg "Allah" oleh mereka yg menyembahnya semata-mata utk mengeliru dan menarik minat orang Islam mendekati agama mereka masing-masing; apakah tiada kemungkinannya? نعو ذ بالله من ذلك !
Agama Islam bertapak dibumi Malaysia sejak kesultanan Melayu Melaka melalui Negri Trengganu ditahun 1303; yg diperkenal sejurus kemudian secara lebih meluas kpd orang-orang Melayu termasuk pembesar-pembesar Negeri oleh pedagang dari Gujarat, dan sebaliknya agama Kristian dibawa masuk dan diperkembangkan melalui kuasa penjajahan Portugis dari Eropah, yg meruntuhkan Kerajaan Melayu Melaka, sebuah Kerajaan Islam lalu menakluki dan memerintahnya bermula ditahun l511.
Hakikat sejarah menunjukkan, perkembangan agama Kristian disokong-bantu oleh penjajah Portugis, yg diikuti kemudian oleh penjajahan orang Eropah lainnya iaitu Belanda dan British, yg mempermudah perjalanan agama Krtistian sampai menjadi selesa penyebarannya, dan nyata sekali Kristian itu sinonim dgn penjajahan Barat sbg mana berlaku di Benua Afrika maka itu, tiada halangan dan tiada galangan terupaya dilakukan dlm bentuk apajuapun untuk mengganggu perkembangan Kristian di Malaysia, yg berterusan hingga kehari ini.
Amat malang sekali, demi keghairahan menarik minat orang Islam kpd Kristian mereka sanggup mengurbankan kehadhiran agama yg harmonis perjalanannya sekian lama, dgn usaha yg siasia kebelakangan ini. Jika demokrasi diambil kira sebagai sistem pentadbiran bernegara maka penduduk majority Islam yg berjumlah 60.4 peratus itu lebih berhak mengambil sesuatu tindakan berbanding Kristian, yg merupakan golongan minoriti berjumlah hanya 9.1 peratus dari bilangan rakyat Malaysia seluruhnya. Apakah wajar suara minoriti membelenggu dan mengekang suara majoriti?
Adalah diharapkan agar kewajaran yg dihasilkan dari kesedaran dan tanggongjawab sosial demi kesuburan masyarakat dinamis dan harmonis, akan mengambil alih sikap tidak mensyukuri ne'mat yg dimiliki selama ini, lalu dikhuatiri kerugian besar lagi berpanjangan jua yang akan dialami kelak ! Menarik balik rayuan penggunaan kalimah "Allah" dlm penerbitan dan penggunaan oleh mereka yg bukan Islam, adalah satu-satunya cara terbaik demi memelihara hubungan dan interaksi yg menjana kerukunan dan kesejahteraan hidup pelbagai pihak di Malaysia saat ini! Penyebaran sesuatu agama bukan Islam, tidak cacat tanpa penggunaan kalimah "Allah"!
Sorotan: rashad shamsuddin (Mohon Izin)

Thursday, January 7, 2010
MB Dpulau sedang membuat lawak
Betul ke cakap MB DPulau ni? Semenjak UBN mula merampas Perak, lori balak berwarna hijau selalu sangat keluar/masuk hutan di Hulu Perak sana. Sapa lah punya gerangan empunya konsesi balak nun......... orang susah punya ke?, atau orang yang terlalu tamak punya ke?
Punya la banyak lori ni muatkan balak ke atasnya. Sekali jalan 2 berkas balak diangkutnya. Mungkin BDMnya melebehi dari yang dinyatakan didinding lori tersebut. JPJ tak pernah timbang ke? atau tak nampak.
Itu la 1Malaysia, sedangkan enjin pesawat F5E boleh hilang, inikan pulak balak yang di hutan belantara sana.

Friday, January 1, 2010
Malaysia court rules Catholic paper has right to use 'Allah'
Malaysia's high court ruled Thursday that a Catholic paper had the right to use the word "Allah" after a long-running dispute between the government and the weekly in the Muslim-majority nation.

The ruling overturns the government's controversial threat to cancel The Herald's annual publishing permit.
"The applicant has the constitutional right to use the word 'Allah'," Judge Lau Bee Lan told a packed courtroom, declaring the government's ban on the paper's use of the word "illegal, null and void".
The weekly used the word "Allah" as a translation for "God" in its Malay-language section but the government argued "Allah" should be used only by Muslims.
Lau said the home ministry, which licenses all newspapers in the country, had taken into account "irrelevant considerations" when making the paper's publishing permit conditional on it not using the word.
She said it had shown no evidence that the use of the word by Christians was "a threat to national security".
The Herald's editor, Father Lawrence Andrew, said he was pleased with the decision and the paper would use the word 'Allah' in its upcoming Sunday edition.
"This also means that... the Christian faith can now continue to freely use the word 'Allah'... without any interference from the authorities," he added.
Government lawyers have not yet decided whether to appeal the ruling.
The Herald is printed in four languages, with a circulation of 14,000 copies a week in a country with about 850,000 Catholics.
The court case was among a string of religious disputes that have erupted in recent years, straining relations between Muslim Malays and minority ethnic Chinese and Indians who fear the country is being "Islamised".
Religion and language are sensitive issues in multiracial Malaysia, which experienced deadly race riots in 1969.

Subscribe to:
Posts (Atom)