Thursday, November 5, 2009

Kesengsaraan itu tidak mengenali bangsa

Kesengsaraan itu tidak mengenali bangsa

Semua kaum tak kira agama akan terasa

Tatkala meluahnya rasa simpati yang dikurniaNya

Mengapa nak beza-beza lagi antara dia dengan saya?

Suatu laman yang membuat saya termenung sejenak

Saban hari kita didampingi slogan yang sedap didengar tetapi setiap hari semangat kekitaan dan benih-benih silatulrahim yang ditanam telah dibinasakan oleh tindakan serta kata-kata yang biadap, tidak bertamadun dan memang bercanggah dengan semua agama.

Di sebelah kiri kita nampak orang besar berbelanja besar adakan kempen-kempen yang meriah tetapi cakap tak serupa bikin; di sebelah kanan pula terdapat orang yang benar-benar berbudi tetapi tak payah riuh sekampung kerana setakat berhujah dan berlakun sahaja.

No comments:

Post a Comment