Presiden PAS Selamatkan Mangsa Lemas

Monday, November 23, 2009

Dari "Gabungan Pelajar Mamak Semenanjung" ke "Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung" semula........

Jais presiden baru GPMS


REEZAL MERICAN (dua dari kanan) bersama-sama kepimpinan lama, Abdul Rahim
Shaharuddin (kiri) dan Syed Anuar (kanan) mengangkat tangan Jais di Shah Alam semalam.


SHAH ALAM - Naib Presiden 1, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abdul Karim (gambar), 36, dipilih secara automatik sebagai presiden pertubuhan itu selepas penyandangnya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengumumkan tidak mempertahankan jawatan itu.
Serentak dengan itu, Rosdi Amir yang sebelum ini Naib Presiden 3 diumumkan sebagai Timbalan Presiden yang baru mengisi jawatan yang dikosongkan oleh Syed Anuar Syed Mohamad yang juga tidak bertanding atas faktor usia.
Kedua-dua jawatan penting dalam GPMS itu tidak menyaksikan sebarang pertandingan memandangkan tiada pencalonan yang dikemukakan bagi mengisi kedua-dua kerusi itu pada Persidangan Agung Tahunan Ke-55 GPMS di Dewan Sri Budiman, Universiti Teknologi Mara di sini semalam.
Selain kedua-dua jawatan itu, 613 perwakilan yang hadir turut memilih Hassanul Amir Abdul Halim bagi jawatan Pengerusi Tetap manakala Tajul Azmir Mustapha sebagai Timbalan Pengerusi Tetap.
Tiga jawatan Naib Presiden yang baru kini disandang oleh Hasnul Fairus Hushin Amri, Ezarudin Abdul Rahman dan Hishamuddin Abdul Rahman.


No comments:

Post a Comment