Maklumat terkini : Dr. Asri akan didakwa di Mahkamah Syariah Gombak Timur dekat AU jam 9 pagi ini (2 November 2009).
Kalau sebelum ini negeri Darul Ehsan ini hanya melarang tokoh-tokoh agama yang pro pembangkang sahaja, contoh Tuan Guru Nik Aziz sendiri pun di larang memberi ceramah, itu pun di mesjid atau surau... tetapi dibenarkan dipremis persendirian...itu di zaman UMNO dahulu sebelum PRU12 yang lalu.
Tetapi sekarang Darul Ehsan di bawah pemerintahan PR, Malah EXCO Agama dan Istiadat Melayu orang PAS sendiri..
Malam tadi Mantan Mufti Perlis yang berceramah di rumah persendirian Taman Sri Ukay, telah ditahan oleh Jais dengan dibantu Polis dan dan didakwa pada pagi ini...Kenapakah perkara sedemikian boleh berlaku...
Apakah ada kaitan dengan Jawatan Pengarah Yadim yang ditawarkan oleh Bini Rosmah... mungkinkah ada pihak-pihak yang risau akan ketegasan Dr Asri!!
Dengan secara tidak langsung imej Dr Asri akan tercalar, pelawaan untuk menyertai politik mungkin selepas ini akan dipandang serong oleh sesetengah pihak.
Isu tangkapan beliau sedikit sebanayak akan menutup kes krisis PAS Selangor.. selamatlah sikit seseorang tu dari perbualan ramai, dah tukar topik...
Apa pun bagi aku, inilah permainan politik GILA BABI..... disebabkan kepentingan sesuatu atau pun peribadi sesetengah pihak, mengapakan seorang tokoh agama yang dijadikan mangsa!! Nampaknya isu politik orang Melayu dan agama di Malaysia semakin bertambah X-Filesnya!!! Mungkin banyak cerita disebalik kisah tangkapan ini..
Semakin hilang kepercayaan ku kepada EXCO Agama Selangor..... Mohon Sembah Derhaka..
No comments:
Post a Comment