Presiden PAS Selamatkan Mangsa Lemas

Monday, December 28, 2009

SPR kena tunjuk bukti kes dakwat PRU-12

SPR kena tunjuk bukti kes dakwat PRU-12


SHAH ALAM- Badan bebas Pemantauan Pilihan Raya (Mafrel) mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengemukakan bukti yang menyokong tindakan suruhanjaya itu menarik balik pelaksanaan dakwat kekal dalam Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) lalu.

Pengerusinya, Syed Ibrahim Alhabshi (gambar) berkata, pendedahan tersebut perlu dibuat bagi menangkis tanggapan negatif rakyat terhadap SPR berulang.

“Tindakan menarik balik pelaksanaan dakwat kekal diketahui oleh semua rakyat, jadi SPR perlu telus dan membawa individu yang bertanggungjawab ke muka pengadilan,” katanya.

Menurutnya, Mafrel sentiasa bersetuju dengan penggunaan dakwat kekal itu bagi mengelakkan bilangan pengundi yang layak bertambah pada hari pengundian.

“Mafrel kecewa dengan SPR ketika itu dan berharap agar dakwat kekal digunakan pada pilihan raya akan datang,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Sebelum ini, Pas menggesa SPR mendedahkan kebenaran berikutan dakwaan terdapat individu yang dilaporkan membeli dakwat khas (kekal) untuk tujuan pilihan raya secara haram hingga menyebabkan suruhanjaya itu terpaksa membatalkan penggunaannya pada PRU-12.

Pas turut menyatakan SPR berbohong dan membazirkan wang rakyat bernilai RM 2.4 juta bagi tujuan itu untuk lakonan yang sengaja dicipta bagi menafikan tuntutan rakyat melalui Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih) yang mahu dakwat kekal digunakan.

Lelaki Terlibat Dalam Demonstrasi Sidang DUN P.Pinang Cedera Diserang

Lelaki Terlibat Dalam Demonstrasi Sidang DUN P.Pinang Cedera Diserang

BUTTERWORTH, 28 Dis (Bernama) -- Seorang lelaki yang terlibat dalam kekecohan semasa satu demonstrasi di hadapan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada 30 Nov lepas, cedera diserang sekumpulan lapan lelaki di kawasan Perusahaan Mak Mandin di sini, semalam.

S. Krishnan Nair, 46, berkata dia yang diserang dengan senjata tajam, menerima 16 jahitan apabila paha kanan dan bahagian belakang badannya dikelar manakala dadanya ditumbuk.

Dalam kejadian kira-kira 10 malam itu, mangsa yang bekerja sebagai penghantar surat dalam perjalanan dari Butterworth ke Mak Mandin dengan menunggang motosikal.

"Semasa saya tiba di Kawasan Perusahaan Mak Mandin, saya rasa ada beberapa orang yang saya tidak kenal mengekori saya dengan menaiki motosikal," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Mak Mandin kira-kira 12 tengah malam tadi.

Beliau berkata kumpulan itu kemudiannya bertindak menghalang perjalanannya dengan alasan mahu berbual.

"Saya kata pada mereka jika mahu sembang mari kita pergi minum atau balik rumah tetapi mereka tidak mahu dan terus menyerang saya dan lari," katanya.

Krishnan berkata beliau terus menelefon seorang rakannya untuk mendapatkan pertolongan yang kemudian membawanya ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan.

Pada 30 Nov lepas, sekumpulan 100 penduduk Pulau Pinang yang tidak berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan negeri mengadakan demonstrasi di hadapan bangunan DUN Pulau Pinang.

Perhimpunan yang disertai beberapa pemimpin dan anggota parti komponen Barisan Nasional (BN) serta penduduk Kampung Buah Pala itu menyaksikan potret Ketua Menteri Lim Guan Eng dibakar dan gesaan supaya beliau meletak jawatan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Supt Mohamad Sukri Awang ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung perkara itu dan tiada tangkapan dibuat setakat ini.

-- BERNAMA

Wednesday, December 23, 2009

Hari ini enjin, esok entah apa pulak.........

1 Malaysia dan tau malah mungkin 1 dunia dah tau perihal 2 enjin pesawat F5E telah hilang. Alang-alang bukan senang nak seludup benda yang besar begini, bukannya enjin motor kapcai. Oleh kerana 1 Malaysia ni terkenal dengan slogan 'Malaysia Boleh', benda yang tak pernah terlintas difikiran pun boleh berlaku.
Kerja-kerja jahat ni telah bermula pada 2007 lagi, Menteri Pertahanan ketika itu tidak menghebahkannya. Aleh-aleh sekarang baru timbul, ada agenda tersembunyi ke???????
Memang pesawat ni dah 'out of phase' dah dan tidak lagi beroperasi, kerana khidmatnya dengan TUDM dah melebehi 30 tahun dah. Kalau tak salah saya, semasa Sulaiman Sujak lagi menjadi "Air Vice Marshall" dan Perdana Menteri ketika itu ialah Tun Abdul Razak.
Kita nak tau jugak, siapa yang jadi 'Pegawai Memerintah' TUDM Butterworth, ketika kejadian itu berlaku?, siapa 'Pegawai Logistik"?, apa kerja pegawai "Air Movement" kat TUDM Butterworth tu?......
Saya kira, ada orang besar di Mindef sana yang mendapat habuan besar hasil dari penjualan enjit pesawat F5E ini, bukannya anggota LLP.
Eloklah tubuh lembaga penyiasat dengan kadar segera, lagi baik kalau ada 'Suruhanjaya Khas' untuk menyiasat perkara ini.

Thursday, December 17, 2009

Duit Lagi........................

Tian: RM600,000 dikirim buat Rosmah di Dubai
Lee Weng Keat
Dis 17, 09
1:27pm
Ahli parlimen PKR Tian Chua mendakwa individu yang tidak dikenal pasti telah menghantar RM600,000 melalui pengurup wang kepada Datin Seri Rosmah Mansor ketika isteri perdana menteri berada di Dubai, Ogos tahun lalu.

Tian Chua berkata, beliau mempunyai dokumen yang membuktikan berlakunya transaksi yang melanggar undang-undang tersebut.

Beliau bagaimanapun, tidak tahu tujuan wang itu digunakan.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini, Tian juga mendakwa bahawa dua tokoh korporat melakukan kesalahan yang sama.

Beliau mendakwa Datuk Abu Sahid Mohamad telah menghantar RM22.2 juta ke United Kingdom antara Jun dan Ogos 2008, melalui pengurup wang Salamath Ali. Ia didakwa untuk membeli hartanah.

Tian juga mendakwa ahli perniagaan Syed Mohammad Syed Nursin pula menghantar RM1.19 juta ke UK melalui Salamath Ali, juga untuk tujuan membeli hartanah.

Syed Mohammed adalah adik kepada jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Tian berkata, beliau mempunyai salinan surat tunjuk sebab yang dihantar oleh Bank Negara kepada pengurup tersebut, memintanya menjelaskan mengenai pengiriman wang secara haram itu.

Ahli parlimen Batu menggesa Bank Negara supaya menyiasat orang yang menghantar wang tersebut dan bukan hanya memfokuskan siasatan kepada pengurup terbabit sahaja.

Monday, December 14, 2009

Busuk Yang Terlampau

By Dr. Mahathir Mohamad
on November 30, 2009 12:07 PM |

1. Pilihanraya Umum ke-13 hanya dua tahun lagi. Saya sedang meneliti reaksi rakyat terhadap UMNO dibawah pimpinan baru. Saya terkejut. Saya terkejut kerana seorang bekas pemimpin UMNO yang kanan telah meluahkan perasaannya dengan berkata "UMNO is rotten to the core" (UMNO busuk hingga ke ususnya).

2. Beliau telah berkata yang beliau sedang memikir untuk menyokong PAS. Beliau juga berkata beliau telah bertemu ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang telah bersara dan mereka speendapat dengannya.

3. UMNO busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi katanya. Di cawangan, ketua cawangan hanya berjuang untuk mengekal dirinya sebagai ketua sahaja. Kenapa? Sebabnya majoriti ketua cawangan dapat jadi pengerusi Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dengan elaun tertentu dan kuasa untuk mengagih peruntukan. Berpeluang juga untuk jadi kontraktor Kelas F untuk projek kecil di luar bandar.

4. Untuk menentukan dirinya tidak dicabar ketua cawangan tidak akan benarkan sesiapa yang lebih terpelajar daripadanya masuk UMNO cawangannya. Lebih daripada itu kebanyakan peruntukan untuk jadi ahli UMNO, yang mana dia mesti melalui cawangan, tidak akan dilayan. Tujuannya ialah supaya cawangannya tidak mempunyai banyak ahli kerana mereka tetap akan menimbulkan masalah dan sukar dikawal, bahkan sukar disogok pun.

5. Sebab itu tidak ramai ahli profesional yang dapat menjadi ahli UMNO. Sebaliknya semakin ramai daripada pemimpin PAS terdiri daripada doktor, peguam, jurutera dan lain-lain profesyen.

6. Oleh kerana ketua cawangan biasanya tidak memiliki pelajaran yang tinggi dan beliau menentukan ahli lain dalam cawangannya mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih rendah daripadanya, maka apabila ketua terpaksa berhenti kerana sebab-sebab tertentu, maka penggantinya akan terdiri daripada yang kurang berkebolehan daripadanya. Dengan itu kualiti kepimpinan akan merosot sepanjang masa.

7. Tentu ada cawangan yang tidak seperti ini tetapi pengecualian hanya mengesahkan keadaan yang sebenar.

8. UMNO, kata bekas pemimpin kanan ini sekarang dipimpin oleh perasuah. Mereka menjadi ahli Majlis Tertinggi kerana sogokan wang. Orang ramai tidak akan serah nasib mereka kepada perasuah.

9. Penempatan perasuah dalam Kerajaan dan badan-badan lain juga memburukkan lagi imej UMNO. Sudah tentu perasuah akan dipilih sebagai calon UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-13. Jika mereka diberi kemenangan maka negara akan dapat Kerajaan perasuah. Sebab itu beliau tidak akan sokong UMNO sebaliknya akan menyertai dan menyokong parti lawan. Katanya lagi hingga kini separuh daripada orang Melayu tidak merasai nikmat kerana Kerajaan-Kerajaan pimpinan UMNO menidakkan hak mereka sedangkan mereka juga orang Melayu walaupun mereka menyokong parti lawan. Mereka yang menyokong parti lawan bertambah sejak (Tun) Abdullah kerana ramai daripada ahli UMNO sendiri sudah tidak percaya kepada UMNO.

10. Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong UMNO. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.

11. Banyaklah lagi hujah-hujahnya akan sebab-sebab UMNO tidak lagi akan diberi peluang untuk memerintah negara yang disayangi olehnya. Saya tidak akan hurai lebih lanjut. Hanya yang saya ingin sebutkan ialah pendapat beliau sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli UMNO juga.

12. Rakan-rakan dalam Barisan Nasional semuanya berpecah dan lemah. Mereka tidak mampu menjayakan Barisan Nasional.

13. Masa semakin singkat untuk memperbaiki keadaan ini. Saya mencatat maklumat ini untuk pengetahuan umum sahaja.

Saturday, December 12, 2009

Kenaikan itu tidak membebankan ibu bapa atau penjaga......

Kos RM3 sehari untuk ibu bapa pendapatan lebih RM5,000 sebulan

Yuran makan asrama naik
Oleh Zanariah Abd Mutalib
zanariah@bharian.com.my


KUALA LUMPUR: Yuran makan asrama bagi pelajar yang ibu bapa atau penjaga mereka berpendapatan melebihi RM5,000 sebulan dinaikkan daripada RM1 kepada RM3 mulai tahun depan.

Kenaikan 200 peratus itu membabitkan murid di asrama harian, sekolah berasrama penuh (SBP), sekolah teknik dan vokasional, sekolah sukan, sekolah seni dan sekolah agama bantuan kerajaan di seluruh negara.

Ia sebahagian daripada strategi dan langkah penjimatan Kementerian Pelajaran selepas peruntukan bantuan persekolahan pada tahun depan dikurangkan berbanding tahun sebelum ini.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata selain itu, bilangan hari bagi bayaran yuran makan asrama turut dikurangkan sebanyak 50 hari daripada 250 kepada 200 hari.

Bagaimanapun, katanya, ibu bapa atau penjaga dengan jumlah pendapatan RM4,999 sebulan ke bawah kekal RM1 sehari.

"Murid di asrama sekolah pendidikan khas kekal dikecualikan daripada membayar yuran makan dengan bilangan hari dikurangkan daripada 270 kepada 220 hari.

"Asrama murid Orang Asli, Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), asrama desa dan asrama di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan juga dikecualikan daripada membayar yuran makan dengan bilangan hari dikurangkan daripada 250 kepada 200 hari," katanya dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 11/2009 berhubung pindaan yuran makan asrama yang disiarkan di laman web Kementerian Pelajaran semalam.

Alimuddin berkata, ketetapan itu diputuskan dalam Mesyuarat Pasca Kabinet Kementerian Pelajaran yang dipengerusikan Menteri Pelajaran dan Mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran pada 30 Oktober lalu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan), Dr Haili Dolhan, ketika dihubungi berkata, kenaikan itu tidak membebankan ibu bapa atau penjaga kerana ia hanya membabitkan pelajar daripada keluarga yang berpendapatan tinggi.

"Langkah ini akan mengurangkan bayaran subsidi kerajaan untuk yuran makan dan pada masa yang sama, ibu bapa yang berkemampuan boleh memberikan sumbangan.

"Walaupun yuran dinaikkan, subsidi kerajaan bagi makanan di asrama sebenarnya masih tinggi kerana peruntukan bayaran makan bagi seorang pelajar adalah antara RM8 hingga RM12 sehari," katanya.

Beliau berkata, bilangan hari bagi pembayaran yuran makan untuk semua jenis asrama dikurangkan 50 hari selepas menolak semua hari cuti, termasuk cuti kelepasan am dan peruntukan cuti hujung minggu untuk pelajar pulang ke rumah masing-masing.

Bagaimanapun, katanya, jika subsidi makan yang diperuntukkan kerajaan untuk mana-mana asrama tidak mencukupi berikutan hari pelajar berada di sekolah melebihi daripada hari yang ditetapkan, pihak sekolah boleh memohon peruntukan tambahan.

Kalau diMalaysia?........Hmmmmm ntah la......

12/12/2009 3:19am

BERKELEY, California 12 Dis. - Berpuluh-puluh pelajar ditahan pihak berkuasa kampus dalam tunjuk perasaan yang menyaksikan sebahagian besar bangunan kampus di Universiti of California, Berkeley diambil alih oleh para pelajar, sejak hampir seminggu lalu.

Sebahagian besar Dewan Wheeler di unversiti berkenaan dikuasai pelajar yang berdemonstrasi bagi membantah pemotongan dana negeri yang menyebabkan kos yang ditanggung pelajar melonjak.

Tunjuk perasaan yang berlangsung di dewan itu bermula sejak Isnin dan mereka di arah bersurai menjelang tengah malam semalam, tetapi polis kampus telah bertindak menahan kira-kira 65 pelajar seawal pagi semalam. - AP

Thursday, December 10, 2009

Nazri bidas pemandu teksi

A top minister slammed Malaysia's taxi drivers Wednesday, saying they were more of a problem for the tourism industry than the nation's notoriously filthy toilets.

"The complaints by tourists about the taxi drivers' behaviour are more than toilets now, so in that context the taxi drivers are worse than dirty toilets," cabinet minister Nazri Aziz said.

"People are complaining about the taxi drivers overcharging, being impolite and not using their meters, forcing the tourists to bargain with them," he told AFP.

"This is the third-world taxi driver mentality. Even in China now, taxi drivers can no longer (haggle), they just have to take the passengers, no questions asked.

"It's not that all taxi drivers behave like that, it's just a small group of them but that is already giving Malaysia a bad name," said Nazri, who is minister in the prime minister's department.

Complaints about taxis are common the world over, but it has become a hot topic in Malaysia where frustrations are vented on blog sites and in letters to newspapers.

In a survey by the local magazine The Expat last year, some 200 foreigners from 30 countries rated Malaysia the worst among 23 countries in terms of taxi quality, courtesy, availability and expertise.

The respondents lashed the fleet as "a source of national shame" and "a serious threat to tourists -- rude bullies and extortionists".

1Malaysia pun tauuuuuuu!!!!!!!!!!!!!!

Malaysia's human rights record has deteriorated under new premier Najib Razak, a leading rights group alleged Wednesday, saying he was more intolerant of dissent than his predecessors.

Launching its annual report, Voice of the Malaysian People (Suaram) criticised Najib's performance since he took office in April, including the arrest of nearly 600 people in a protest against internal security laws.

It also cited the arrest of 167 people in May "for holding candlelit vigils" during a political crisis over the control of a northern state.

"We warned the new leadership of Najib might herald a new era of stronger authoritarianism compared to previous prime ministers, and what we see so far is the exact thing we thought would happen," said Suaram coordinator John Liu.

Najib came to power vowing to heal race relations in the multi-ethnic country, and to review a tough Internal Security Act (ISA) which allows indefinite detention without trial.

Suaram demanded the ISA be abolished, saying there had been seven new arrests under the law this year even though 39 detainees were freed. Currently nine people are still being held under the ISA.

"We don't think there is any improvement on human rights. Out of a ranking of 1-10, I would give Najib a score of three to four," Suaram director Kua Kia Soong told a press conference.

In the report, Suaram said Najib has displayed an "increased level of intolerance" towards dissent and was "seriously undermining the freedom of speech, expression and assembly".

Institutions such as the judiciary and police continued to suffer a "serious crisis of public confidence", the group said.

It also said it was "very concerned" about the plight of indigenous people, amid arrests over land claims and rape allegations that have been the subject of a government investigation.

The report said Malaysia continued to be listed as one of the worst places for refugees by a US watchdog, and had been reinstated by the United States on a human trafficking blacklist.

Suaram also urged the government to approve a freedom of information act, noting the country only scored 132 out of 173 on the Reporters Without Borders' global press freedom index.

Wednesday, December 9, 2009

Alahai Mahkamah............

Mahkamah Persekutuan dah dengar kes siapa MB Perak yang sah. Mahkamah satu lagi sedang menangguhkan kes Kota Siputeh. Keputusan kedua-duanya masih belum diperolehi dan di percayai keputusannya sudah berada ditangan para hakim yang bijaksana.
Mengapa keputusan masih belum dikeluarkan? Dipercayai jugak oleh sebahagian rakyat Malaysia serta dunia bahawa sesungguhnya ‘tangan-tangan ghaib’ sedang bermain-main dengan keputusan tersebut.
Kita bimbang yang hakim-hakim ini akan menuruti telunjuk jari hantu tangan-tangan ghaib ini dan membuat keputusan yang salah. Kesan jangka panjang akan turut terpalit dengan keputusan ini.
Dengan melambatkan keputusan ini, telahan rakyat jelata dilihat benar yang mana hakim-hakim ini telah mengikut telunjuk tangan-tangan ghaib tersebut.
Oleh itu adalah dinasihatkan agar hakim-hakim ini mengeluarkan keputusan secepat mungkin. Jika keputusan yang dibuat nanti adalah bercanggah dengan semangat Perlembagaan serta undang-undang Malaysia bermakna hakim-hakim ini sengaja menempah tiket ke neraka jahanam.

Tuesday, December 8, 2009

Malaysia recalls envoy over IAEA Iran censure

Malaysia said Sunday it has recalled its envoy to the UN in Vienna following an International Atomic Energy Agency vote to censure Iran over its nuclear programme.
Malaysia, along with Venezuela and Cuba, voted against the November 27 IAEA resolution which demanded that Iran halt construction of a uranium enrichment site kept secret until recently.
"The voting was not in accordance with the procedures of the government," the foreign ministry said in a statement, without elaborating.
"Therefore the minister of foreign affairs has instructed the permanent representative of Malaysia to the United Nations in Vienna to return to Malaysia for consultations," it said.
Of the 35-member IAEA board of governors, 25 countries voted in favour of the resolution, which had been sponsored by Britain, France, the United States, Russia, China and Germany.
The Islamic republic has for months been engaged in negotiations with the five permanent UN Security Council members plus Germany over its suspect nuclear activities.
The powers have long suspected that Iran, despite its fierce denials, is trying to build a nuclear bomb, objecting to Tehran's uranium enrichment work which can be used to power nuclear reactors, but in a highly purified form can make the fissile core of an atom bomb.
Iran's foreign ministry has dismissed the resolution as "theatrical and useless".
Malaysia, a Muslim-majority nation, has been forced to deny any role in the illegal export of nuclear weapons to Iran, but last month confirmed the involvement of a national in the export of sensitive components.

Pura Cendana: Tak pasal-pasal wakil kita kat PBB tu kena mengadap kerana menentang resolusi IAEA. OIC hang buat apaaaaaa.............

2009 Dis 8

SKANDAL JUTAAN RINGGIT OLEH KETUA PESURUHANJAYA SPRM


Harapkan Pagar, Pagar pula makan padi beginilah keadaan di Malaysia kini. Jabatan- jabatan penguatkuasa undang-undang bukan sahaja semakin berani memukul arus perubahan kehendak rakyat malah mereka sanggup menggadaikan Intergriti Negara.

Kita harap polis keamanan Negara , tapi mereka pukul suspek sampai mati. Kita harapan Jabatan Penjara pulihan penjenayah tapi mereka dilatih menjadi mahir. Kita harapan Suruhan Jaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) , tapi mereka kejar kes kecil-kecilan. Rasuhan Berbillion ringgit tidak ada sebarang tindakan,sebaliknya hanya -hany kes rasuah ratus ringgit dibawa ke muka pengadilan. Munginkan sebabnya kerana yang patut mengawal Korupsi itu sendi Korup.

Tapi tiba-tiba Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mahu mengundur diri dengan melantik timbalannya sebagai penganti, kenapa? Mungkinkah dia sendiri menyalah gunakan kuasanya?

Saya difahamkan bahawa :

a. Kementerian kewangan tidak membenarkan pemberian Kontrak dengan secara Rundingan Terus atau Direct Negotiation. Kelonggaran hanya diberi dalam keadaan berikut :

i. Peralatan yang hendak dibeli hanya dibuat oleh syarikat/pengeluar/pembuat berkenaan dan tidak boleh diperolehi di pasaran terbuka “open market” atau “off shelf”

ii. Peralatan yang hendak dibeli dibuat oleh syarikat/pengeluar/pembuat kepada spesifikasi kerajaan yang khusus atau “specific requirement” mengikut keperluaan pengguna

iii. Keperluaan kerahsiaan peralatan tersebut seperti alat komunikasi pasukan elite yang menggunakan frekuensi khas agar tidak berlaku ‘tapping’ atau ‘jamming’

iv. Lain-lainkeadaan yang mengambil kira keperluan kerajaan.

b. Pakaian Seragam Angkatan Tentera Malaysia, Kastam DiRaja Malaysia, Immigresen , BOMBO, JPA, Maritim Malaysia, RELA dan lain-lain diperolehi secara Tender terbuka dan Sebutharga terbuka bagi setiap jenis peralatan yang melengkapkan pakaian seragam. Tidak pernah sehingga kini kita ketahui Badan-Badan beruniform di Malaysia member Kontrak perolehan Keseluruhan peralatan Pakaian Seragam kepada SATU SYARIKAT SECARA ‘HEAD to TOE’. Ini adalah kerana tidak ada satu syarikat di Malaysia yang membuat atau mengeluarkan semua jenis peralatan seragam dan kebanyakan peralatan tersebut boleh diperolehi dari berbagai sumber dan ada yang ‘of the Shelf’

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia telah memberikan Kontrak yang dianggarkan bernilai RM 7.5 juta ringgit melalui rundingan terus serta meluluskan pembelian HEAD TO TOE kepada hanya satu syarikat iaitu Syarikat Mariwasa Kraftangan Sdn Bhd yang beroperasi di Kuala Kangsar, Perak. Mariwasa Kraftangan Sdn Bhd adalah pengeluar barangan logam seperti Pewter, Tembaga, Perak dan Emas dan adalah pembuat barangan seerti cenderahati , pingat-pingat dan keperluaan peralatan pakaian seragam yang hanya dibuat dari logam seperti pip, crown, star, collor dot dan lain-lain.

mariwasa
mariwasa

Mariwasa Kraftangan telah memperolehi kontrak pembekalan HEAD TO TOE walaupun mereka tidak mengeluarkan peralatan-peralatan seperti berikut :

a. Topi Peak Lelaki

b. Bawler Hat Wanita

c. Songkok

d. Baju/seluar Istiadat

e. Baju/seluar Mess Kit

f. Baju/Seluar Bush Jacket

g. Baju/Seluar Kerja

h. Tali pinggang Kulit

i. Stokin

j. Tudung

k. Pelbagai jenis kasut

l. Handbag Wanita

m. Tali leher

n. Aggauletter

o. Serta Lain-lain Jenis Pakaian.

Juga di fahamkan Mariwasa Kraftangan telah menggunakan beberapa syarikat lain bagi mendapatkan keperluan-keperluan ini di mana diantaranya adalah bukan pembuat/pengeluar tetapi adalah hanya orang tengah . Diantara syarikat-syarikat yang digunakan adalah seperti BENA YAKIN ENTERPRISE. Diantara barangan yang diperolehi dari syarikat ini adalah seperti:

a. Topi Peak Lelaki

b. Bawler Hat wanita

c. Songkok

d. Berbagai Jenis Kasut

e. Barangan Sulama

f. Aggaulette

Bena Yakin Enterprise adalah sebuah Perniagaan jenis Enterprise dengan hanya nilai modal RM2.00, tetapi memperolehi tempahan bernilai hampir Sejuta Ringgit. Yang lebih menghairankan ialah Mariwasa Kraftangan , pembuat barangan logam juga diberi kontrak JAHITAN PAKAIAN. Syarikat yang menjahit iaitu MAROZ TAILOR berpusat di Kuala Lumpur adalah bertaraf ‘High Class’.

Bagi Peralatan seperti Kasut dan tali Pinggang Kulit , Kementerian Kewangan “Treasury” menghendaki bekalan diperolehi dengan syarikat yang ada ‘Central Contract’ dan bukannya diberi kepada pembuat barangan logam yang kemudiannya perolehi daripada sebuah lagi Perniagaan Enterprise.

Kini, tiba masanya Perdana Menteri menjelaskan kepada Rakyat Malaysia kenapa Ketua Pesuruhjaya SPRM ingin berundur serta :

a) Apakah Dasar sebenar Kementerian Kewangan mengenai perolehan Rundingan terus

b) Mengapakah kesemua perolehan oleh SPRM atau BPR sebelum ini tidak dibuat secara tender atau Sebutharga?

c) Apakan hubugan Isitimewa Mariwasa Kraftangan dengan Ketua Pesuruhjaya MACC /BPR

d) Bagaimankan Kementerian boleh meluluskan perolehan Rundingan Terus terutamanya ‘Head to Toe’ kepada satu syarikat .

Saya juga meminta Perdana Menteri agar dekelasifikasikan Perjanjian atau Kontrak-kontrak pembelian segala peralatan melibatkan Ketua Pesuruhjaya SPRM tersebut semasa beliau berada di BPR.

Pihak Kerajaan juga tidak seharusnya melindungi Kakitangan Kerajaan yang didapati mengugat Integriti Negara. Sudah tiba masa Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia diletakkan dibawah pengawasan Parlimen.

Saya juga akan mencadangkan bahawa suatu Jawatankuasa Khas Parlimen ditubuhkan untuk menyiasat tuduhan –tuduhan rasuah/pecah amanah yang melibatkan pegawai-pegawai tertinggi Kerajaan Malaysia.~ MP Kapar

Friday, December 4, 2009

Najib Usaha Tarik Pelabur

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau bertekad melaksanakan pembaharuan ekonomi seterusnya memperkasakan tarikan pelaburan ke negara ini, susulan lawatan kerjanya ke luar negara baru-baru ini.
Perdana Menteri berkata dalam lawatannya ke Amerika Syarikat (AS), beliau menyampaikan taklimat mengenai Malaysia sebagai destinasi pelaburan bermanfaat kepada pemimpin koporat, pengurus dana dan bakal pelabur.
"Saya menerima mesej ini sepenuhnya," katanya dalam blog www.1malaysia.com.my, semalam - Bernama

Komen:

Macamana pelabur nak masuk, Jib......... dia org dah tak percayakan sistem kehakiman kita. Mereka bimbang apa-apa boleh berlaku jika sistem kehakiman yang ada di Malaysia ini apabila membuat keputusan yang boleh memufliskan mereka. Bukan senang Jib, meraka nak melabur berbilion-bilion ringgit... Tengok Perak, apa dah jadi, pelabut takut nak melabur di Perak.

So, betulkan dulu sistem kehakiman itu supaya adil dan saksama, barulah fikir macam mana nak tarik pelabur.

Tuesday, December 1, 2009

Lebih 1,000 sertai demonstrasi desak Nik Aziz minta maaf

 Dari Berita Hairan Online

KOTA BHARU: Kira-kira 1,000 orang yang mendakwa mewakili sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan demonstrasi secara aman di hadapan pintu masuk Kota Darul Naim di sini bagi mendesak Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berhubung satu kenyataan kontroversinya baru-baru ini.

Mereka yang berkumpul di hadapan pintu masuk yang menempatkan pusat pentadbiran kerajaan Kelantan itu turut mendesak Nik Aziz melepaskan jawatannya berikutan kemunculan beberapa isu yang dianggap mereka menjejaskan kerajaan dan rakyat negeri.

Selepas berkumpul hampir setengah jam sejak 10.15 pagi, kumpulan itu menyerahkan memorandum berkenaan kepada Setiausaha Politik Menteri Besar, Anual Bakri Haron, di pintu masuk kota berkenaan.

Ha, ha, ha, ha, ha.......... memang gilaaaa......1000 orang???????

UMNgOk Busuuuuuuuuuk........


1. Pilihanraya Umum ke-13 hanya dua tahun lagi. Saya sedang meneliti reaksi rakyat terhadap UMNO dibawah pimpinan baru. Saya terkejut. Saya terkejut kerana seorang bekas pemimpin UMNO yang kanan telah meluahkan perasaannya dengan berkata "UMNO is rotten to the core" (UMNO busuk hingga ke ususnya).

2. Beliau telah berkata yang beliau sedang memikir untuk menyokong PAS. Beliau juga berkata beliau telah bertemu ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang telah bersara dan mereka speendapat dengannya.

3. UMNO busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi katanya. Di cawangan, ketua cawangan hanya berjuang untuk mengekal dirinya sebagai ketua sahaja. Kenapa? Sebabnya majoriti ketua cawangan dapat jadi pengerusi Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dengan elaun tertentu dan kuasa untuk mengagih peruntukan. Berpeluang juga untuk jadi kontraktor Kelas F untuk projek kecil di luar bandar.

4. Untuk menentukan dirinya tidak dicabar ketua cawangan tidak akan benarkan sesiapa yang lebih terpelajar daripadanya masuk UMNO cawangannya. Lebih daripada itu kebanyakan peruntukan untuk jadi ahli UMNO, yang mana dia mesti melalui cawangan, tidak akan dilayan. Tujuannya ialah supaya cawangannya tidak mempunyai banyak ahli kerana mereka tetap akan menimbulkan masalah dan sukar dikawal, bahkan sukar disogok pun.

5. Sebab itu tidak ramai ahli profesional yang dapat menjadi ahli UMNO. Sebaliknya semakin ramai daripada pemimpin PAS terdiri daripada doktor, peguam, jurutera dan lain-lain profesyen.

6. Oleh kerana ketua cawangan biasanya tidak memiliki pelajaran yang tinggi dan beliau menentukan ahli lain dalam cawangannya mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih rendah daripadanya, maka apabila ketua terpaksa berhenti kerana sebab-sebab tertentu, maka penggantinya akan terdiri daripada yang kurang berkebolehan daripadanya. Dengan itu kualiti kepimpinan akan merosot sepanjang masa.

7. Tentu ada cawangan yang tidak seperti ini tetapi pengecualian hanya mengesahkan keadaan yang sebenar.

8. UMNO, kata bekas pemimpin kanan ini sekarang dipimpin oleh perasuah. Mereka menjadi ahli Majlis Tertinggi kerana sogokan wang. Orang ramai tidak akan serah nasib mereka kepada perasuah.

9. Penempatan perasuah dalam Kerajaan dan badan-badan lain juga memburukkan lagi imej UMNO. Sudah tentu perasuah akan dipilih sebagai calon UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-13. Jika mereka diberi kemenangan maka negara akan dapat Kerajaan perasuah. Sebab itu beliau tidak akan sokong UMNO sebaliknya akan menyertai dan menyokong parti lawan. Katanya lagi hingga kini separuh daripada orang Melayu tidak merasai nikmat kerana Kerajaan-Kerajaan pimpinan UMNO menidakkan hak mereka sedangkan mereka juga orang Melayu walaupun mereka menyokong parti lawan. Mereka yang menyokong parti lawan bertambah sejak (Tun) Abdullah kerana ramai daripada ahli UMNO sendiri sudah tidak percaya kepada UMNO.

10. Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong UMNO. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.

11. Banyaklah lagi hujah-hujahnya akan sebab-sebab UMNO tidak lagi akan diberi peluang untuk memerintah negara yang disayangi olehnya. Saya tidak akan hurai lebih lanjut. Hanya yang saya ingin sebutkan ialah pendapat beliau sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli UMNO juga.

12. Rakan-rakan dalam Barisan Nasional semuanya berpecah dan lemah. Mereka tidak mampu menjayakan Barisan Nasional.

13. Masa semakin singkat untuk memperbaiki keadaan ini. Saya mencatat maklumat ini untuk pengetahuan umum sahaja.

DICATATKAN OLEH: TUN MAHATHIR

Bantah Guan Eng tidak cekap selesaikan masalah penduduk

zaki.salleh@kosmo.com.my>

GAMBAR Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dibakar sebagai membantah pentadbirannya di hadapan Bangunan DUN Pulau Pinang, George Town semalam.

GEORGE TOWN – Walaupun hari pertama Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam berjalan lancar tetapi berlaku kekecohan di pekarangan bangunan DUN Pulau Pinang.

Kira-kira 150 penyokong Pemuda Barisan Nasional (BN) negeri diketuai oleh Ketua Pemuda UMNO negeri, Norman Zahalan berhimpun secara aman ?????? (Betul ke????) bersama beberapa sepanduk yang mengecam corak pentadbiran ‘lemah’ kerajaan negeri itu.

Laungan ‘kerajaan Pulau Pinang penipu’, ‘cakap tak serupa bikin’ dan ‘Guan Eng balik Melaka’ turut kedengaran sehingga menyebabkan lalu lintas sesak hampir setengah jam (Aman ke tu??????)

Bantahan secara aman selama sejam yang bermula pada pukul 12.15 tengah hari itu turut disertai Ketua Pemuda MIC negeri, J. Dhinagaran dan Ketua Pemuda Gerakan negeri, Ong Toh Keong (Nanti takut depa kata tak setia kat parti pulak.....)

Mereka membantah kegagalan kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng yang didakwa tidak cekap dan gagal bertindak bijak menyelesaikan masalah rakyat serta tidak menunaikan janji pilihan raya umum 2008 lalu. - Hangpa dulu cekap sgt ke??????

Pada masa yang sama, sekumpulan penduduk Kampung Buah Pala yang hadir diketuai pengerusi penduduknya, M. Sugumaran menyerahkan memorandum kepada Guan Eng yang diterima petugas bangunan DUN Pulau Pinang. (Ini satu lagi Dol)

Tuesday, November 24, 2009

Kenyataan Akhbar UMNO Cawangan SPR

KENYATAAN AKHBAR
PENGERUSI
SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA
KEDUDUKAN KERUSI DEWAN UNDANGAN NEGERI N.3 KOTA SIPUTEH,
KEDAH
1. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia telah menerima
pemakluman daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah
pada 17 Ogos 2009 yang menyatakan terdapat kekosongan luar
jangka di bawah Perkara 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah
apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh, YB
Dato’ Hasan bin Sarif dikatakan telah gagal hadir dalam Dewan
Undangan Negeri dengan tiada kebenaran Speaker di dalam dua kali
mesyuarat berturut-turut.
2. Sehubungan dengan itu, SPR pada hari ini, 01 September
2009 telah mengadakan Mesyuarat Khas bagi membincangkan
perkara tersebut. Perkara 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan
Kedah menyatakan jika mana-mana ahli bagi Dewan Negeri tiada
hadir di dalam Dewan dengan tiada kebenaran Speaker di dalam dua
kali mesyuarat berturut-turut maka tempatnya itu hendaklah menjadi
kosong.
3. Fasal (5) Perkara 53 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah,
memberi SPR kuasa untuk memastikan jika ada berlakunya
2
kekosongan luar jangka dan tarikh berlakunya kekosongan luar
jangka itu.
4. Dalam menjalankan kuasanya di bawah Fasal (5) Perkara 53
Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah, SPR perlu menentukan
bahawa ADUN Kota Siputeh itu tidak hadir di dalam dua kali
mesyuarat berturut-turut dan ADUN itu diberi peluang untuk
menjelaskan keadaan yang menyebabkan beliau tidak dapat hadir
dalam mesyuarat tersebut.
5. Berdasarkan kepada fakta yang dikemukakan, ADUN Kota
Siputeh telah tidak hadir tanpa kebenaran Speaker pada Mesyuarat
Kelima Penggal Persidangan Pertama Dewan Negeri pada
19 April 2009 dan Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan
Kedua Dewan Negeri pada 9 Ogos 2009.
6. Berdasarkan ketidakhadiran tersebut Speaker telah
memaklumkan Pejabat Pilihan Raya Negeri Kedah melalui surat
bertarikh 17 Ogos 2009 bahawa kerusi ADUN N.3 Kota Siputeh
menjadi kosong menurut Perkara 51 Undang-Undang Tubuh
Kerajaan Kedah.
7. Dalam memutuskan isu ketidakhadiran di dalam dua kali
mesyuarat berturut-turut, takrif perkataan “mesyuarat” (meeting),
“penggal persidangan” (session) dan “persidangan” (sitting) telah
diberi perhatian dan pentafsirannya menurut Perkara 2 Undang-
Undang Tubuh Kerajaan Kedah dan Peraturan 96 Peraturan3
Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman.
Bagi memperlengkap tafsiran kepada perkataan yang tersebut di
atas, Fasal (1) Perkara 53 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah
dan Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan
Negeri Kedah Darul Aman juga telah dirujuk.
8. Menurut Warta Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman
(K.P.U.5/2009) DYMM Sultan Kedah telah mengisytiharkan bahawa
19 April 2009 pukul 9.00 pagi sebagai tarikh dan waktu bagi
Mesyuarat Kelima Penggal Persidangan Pertama Dewan
Undangan Negeri Kedah. Di bawah Warta Kerajaan (K.P.U.
10/2009) pula, DYMM Sultan Kedah telah mengisytiharkan bahawa 9
Ogos 2009 pada pukul 9.00 pagi sebagai tarikh dan waktu bagi
Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Kedua Dewan
Undangan Negeri Kedah.
9. P. Ramanatha Aiyar di dalam buku beliau, The Law Lexicon –
The Encyclopaedic Law Dictionary with Legal Maxims, Latin Terms,
Words & Phrases, Edisi Kedua, Cetakan Semula 2007 (Wadhwa and
Company Nagpur, Law PUblisher) di muka surat 386, telah
menakrifkan perkataan consecutive meetings ertinya Meetings,
one immediately following the other.
10. Berdasarkan kepada perenggan 8 di atas dan takrif perkataan
“consecutive meetings”, Mesyuarat Kelima Penggal Persidangan
Pertama Dewan Undangan Negeri Kedah dan Mesyuarat Pertama
4
Penggal Persidangan Kedua Dewan Undangan Negeri Kedah
bukanlah “consecutive meetings” dalam erti kata Perkara 51.
11. Sehubungan dengan itu, adalah tidak tepat jika dikatakan
bahawa ADUN tersebut tidak hadir dalam dua mesyuarat berturutturut.
Ini adalah kerana mesyuarat yang tidak dihadiri oleh ADUN
berkenaan bukanlah dua mesyuarat berturut-turut di dalam satu
penggal persidangan. Sebaliknya ia adalah dua mesyuarat berturutturut
bagi dua penggal yang berbeza. (Tempoh masa antara penggal
persidangan pertama dan penggal persidangan kedua ialah selama 3
bulan 20 hari).
12. Bagi isu sama ada ADUN Kota Siputeh diberi peluang untuk
menjelaskan keadaan yang menyebabkan beliau tidak dapat hadir
dalam mesyuarat pada 9 Ogos 2009, SPR telah meneliti surat
daripada ADUN Kota Siputeh kepada Speaker bertarikh 10 Ogos
2009 yang memohon maaf kerana tiada dapat hadir dalam sidang
Dewan pada 9 Ogos 2009. Bersama-sama surat tersebut turut
dilampirkan Surat Cuti Sakit daripada doktor yang mendapati beliau
tidak sihat untuk menjalankan tugas selama dua hari iaitu dari 9 Ogos
2009 hingga 10 Ogos 2009 dan kenyataan bahawa beliau telah
menghantar sms kepada Ketua Pembangkang memaklumkan
ketidakhadiran beliau pada sidang Dewan hari tersebut kerana sakit
dada.
5
13. Berdasarkan dokumen yang ada dan setelah meneliti fakta
ketidakhadiran ADUN Kota Siputeh pada 9 Ogos 2009, SPR
mendapati bahawa ketidakhadirannya itu adalah disebabkan beliau
sakit berdasarkan kepada Surat Cuti Sakit yang dilampirkan pada
surat kepada Speaker yang bertarikh 10 Ogos 2009. Walau
bagaimanapun, tiada apa-apa maklumat yang diterima oleh SPR
sama ada penjelasan tersebut telah diberi pertimbangan atau
sebaliknya.
14. Di samping itu tiada maklumat yang diterima oleh SPR
berhubung dengan rujukan oleh Speaker mahu pun ADUN Kota
Siputeh kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan di bawah
Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah
Darul Aman.
15. Ini adalah kerana Jawatankuasa Hak dan Kebebasan
mempunyai kuasa yang diperuntukkan di bawah Peraturan 78
Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah
Darul Aman untuk menimbangkan kuasa-kuasa, hak dan kebebasan
Dewan. Kuasa Speaker untuk memberikan kebenaran kepada
ADUN tidak hadir dalam mesyuarat Dewan kerana sakit merupakan
satu dari perkara yang terangkum dalam kuasa, hak dan kebebasan
Dewan. Erskine Mya’s Treatise On The Law, Privileges,
Proceedings and Usage of Parliament, di muka surat 75
menjelaskan erti What Constitutes Privelege sebagai other such
rights and immunities such as the power to punish for contempt and
the power to regulate its own constitution belong primarily to
6
each House as a collective body, for the protection of its Members
and the vindication of its own authority and dignity.
16. Oleh sebab tidak terdapat mana-mana peruntukan dalam
undang-undang dan Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan, maka
isu berhubung dengan ketidakhadiran ADUN kerana cuti sakit wajar
dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan bagi
menjelaskan sama ada alasan sakit yang diberi setelah Dewan
bersidang boleh diterima oleh Speaker. Maka SPR berpendapat
bahawa Peraturan 78 Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan
Undangan Negeri Kedah telah tidak dirujuk langsung bagi membantu
SPR dalam memutuskan dan menghilangkan apa-apa keraguan di
pihak SPR berhubung dengan isu yang dinyatakan dalam perenggan
12.
17. Setelah meneliti dokumen dan mengkaji fakta yang
dikemukakan kepada SPR serta kedudukan undang-undang yang
berkaitan, pada menjalankan kuasa di bawah Fasal (5) Perkara 53
Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah, SPR memutuskan bahawa
Mesyuarat yang tidak dihadiri oleh ADUN Kota Siputeh bukanlah
dua mesyuarat berturut-turut di dalam satu penggal persidangan
dalam erti kata Perkara 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan
Kedah Darul Aman. Sebaliknya ia adalah dua mesyuarat
berturut-turut untuk dua penggal yang berbeza (Tempoh masa
antara penggal persidangan pertama dan penggal persidangan
kedua ialah selama 3 bulan 20 hari). Surat Cuti Sakit yang
dikemukakan oleh ADUN Kota Siputeh diterima oleh SPR
7
sebagai penjelasan mengenai ketidakhadiran beliau dalam
mesyuarat Dewan pada 9 Ogos 2009. SPR juga mendapati
bahawa kegagalan ADUN Kota Siputeh itu menghantar Surat
Cuti Sakit kepada Speaker lebih awal (selewat-lewatnya pada 9
Ogos 2009) tidak menjadikan Surat Cuti Sakit itu terbatal. SPR
berpendapat bahawa sebelum Perkara 51 Undang-Undang
Tubuh Kerajaan Kedah Darul Aman digunakan, ia hendaklah
terlebih dahulu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan
Kebebasan Dewan. SPR memutuskan bahawa tiada berlaku apaapa
kekosongan pada kerusi ADUN N.3 Kota Siputeh.”.
18. SPR juga memutuskan bahawa kerusi ADUN N.3 Kota Siputeh
masih disandang oleh YB. Dato’ Abu Hassan b. Sarif yang beliau
menangi dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lepas.
Sekian, terima kasih.
(TAN SRI DATO’ SERI ABDUL AZIZ BIN MOHD YUSOF)
Pengerusi
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
01 September 2009

Monday, November 23, 2009

Dari "Gabungan Pelajar Mamak Semenanjung" ke "Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung" semula........

Jais presiden baru GPMS


REEZAL MERICAN (dua dari kanan) bersama-sama kepimpinan lama, Abdul Rahim
Shaharuddin (kiri) dan Syed Anuar (kanan) mengangkat tangan Jais di Shah Alam semalam.


SHAH ALAM - Naib Presiden 1, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abdul Karim (gambar), 36, dipilih secara automatik sebagai presiden pertubuhan itu selepas penyandangnya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengumumkan tidak mempertahankan jawatan itu.
Serentak dengan itu, Rosdi Amir yang sebelum ini Naib Presiden 3 diumumkan sebagai Timbalan Presiden yang baru mengisi jawatan yang dikosongkan oleh Syed Anuar Syed Mohamad yang juga tidak bertanding atas faktor usia.
Kedua-dua jawatan penting dalam GPMS itu tidak menyaksikan sebarang pertandingan memandangkan tiada pencalonan yang dikemukakan bagi mengisi kedua-dua kerusi itu pada Persidangan Agung Tahunan Ke-55 GPMS di Dewan Sri Budiman, Universiti Teknologi Mara di sini semalam.
Selain kedua-dua jawatan itu, 613 perwakilan yang hadir turut memilih Hassanul Amir Abdul Halim bagi jawatan Pengerusi Tetap manakala Tajul Azmir Mustapha sebagai Timbalan Pengerusi Tetap.
Tiga jawatan Naib Presiden yang baru kini disandang oleh Hasnul Fairus Hushin Amri, Ezarudin Abdul Rahman dan Hishamuddin Abdul Rahman.


Friday, November 20, 2009

Sasaran yang diragukan

Malaysia must reform to achieve developed status: World Bank

The World Bank said Wednesday that Malaysia must introduce sweeping reforms if it wants to achieve its ambitious goal of becoming a developed nation by 2020.
The World Bank said Wednesday that Malaysia must introduce sweeping reforms if it wants to achieve its ambitious goal of becoming a developed nation by 2020.
"To reach the 2020 developed status, the World Bank is proposing a four-pillar strategy," Vikram Nehru, chief economist for East Asia and the Pacific, told reporters.
"Malaysia must specialise the economy further, improve the skills of its workforce, make growth more inclusive and strengthen public finances," he told reporters at the launch of a report on the Malaysian economy.
The World Bank said Malaysia's economy will shrink 2.3 percent this year but rebound to a 4.1 percent expansion in 2010.
Nehru said the Southeast Asian economy was on track to grow between 5.6 to 5.9 percent in 2011 and 2012.
"Malaysia's medium-term outlook remains promising but this is conditional on making headway on the structural reform agenda," he said.
The report said Malaysia faced the challenge of shifting from an upper-middle economy to a high-income economy.
"This is a difficult challenge, one which only a few countries have met in the post-war period and it requires strong and consistent leadership over a long period of time," Nehru said.
Malaysia's ambition of becoming a developed nation has been put in doubt by the economic downturn but the government has said it still has a chance of attaining the goal.
The government has predicted moderate growth of 2.0-3.0 percent in 2010 after a 3.0 percent contraction in 2009.

Thursday, November 19, 2009

Berita Harian, Khamis 19 November 2009 - Muka 13

Antara lain KPN berkata:

1. "Jika tidak mahu mati, serah diri dan jangan ancam polis"
2. " Kita ikut undang-undang dan bukan suka-suka tembak orang"

3. "Jika mereka takut mati, jangan lawan dan serah diri pada polis"

Hhhmmmmmmm...........

Tuesday, November 17, 2009

Malaysia Catholic paper in 'Allah' row gets new permit

 By Agence France-Presse, Updated: 11/15/2009

A Malaysian Catholic newspaper will be allowed to continue publication after the government withdrew a controversial decision to cancel its publishing permit, the editor said Sunday.
A Malaysian Catholic newspaper will be allowed to continue publication after the government withdrew a controversial decision to cancel its publishing permit, the editor said Sunday.
The Herald said earlier this week the government had told it that its permit for next year had not been approved. Under Malaysian law, all publications must renew their permit every year.
The move came amid a long-running dispute over the weekly's use of the word "Allah" as a translation for "God" in its Malay-language section. The government argued "Allah" should be used only by Muslims, who dominate the country's population.
The Herald's editor, Father Lawrence Andrew, said government officials in a meeting Friday said the paper's permit would be approved, but rejected its request to publish a supplement in a language used by indigenous group on Borneo island.
"They have asked us to ignore the September letter which says the permit is not approved and stick to an earlier letter in August stating a new licence will be given, there is no more confusion," he told AFP.
"On our application to publish an additional page in the Kadazandusun language, we are sad it has been rejected. We will put the plan on hold and won't be using the language for the time being," he said.
A home ministry official confirmed The Herald was allowed to continue publishing, and attributed the controversy to "miscommunication".
"We are processing their permit renewal. We never disapproved their application, (the September letter) was due to miscommunication but it has all been solved now," said the official, who requested anonymity.
"We only rejected their application to publish in the Kadazandusun language," he added.
The Herald, circulated among the country's 850,000 Catholics, nearly lost its publishing licence last year for using the word "Allah". The paper is printed in four languages, with a circulation of 14,000 copies a week.
The row is among a string of religious disputes that have erupted in recent years, straining relations between Muslim Malays and minority ethnic Chinese and Indians who fear the country is being "Islamised".
Religion and language are sensitive issues in multiracial Malaysia, which experienced deadly race riots in 1969.

Sunday, November 15, 2009



Lenggong 14hb. Nov. 2009 - Satu majlis taklimat berkaitan Majlis Tindakan Dun (MTD) telah di adakan di Dewan Millanium, Lawin. Taklimat tersebut disampaikan oleh Jabatan Pilihanraya Negeri Perak dan Kelantan. Peserta=peserta adalah terdiri dari AJK MTD Zone Kuala Kangsar, Sungai Siput, Padang Rengas, Lenggong dan Gerik.

Pada sebelah petang YB Datuk Paduka Hj. Husam Musa telah menyampaikan ceramah ringkas berkaitan isu-isu semasa. Beliau diiringi oleh YDP Lenggong, Tn. Hj. Razman Hj. Zakaria,

Pada sebelah malamnya pula Ceramah Umum telah berlangsung di Markaz PAS Kg. Pdg. Kunyit, Gerik. YDP Lenggong, Tn. Hj. Razman Hj. Zakaria telah meyampaikan ucapan alu-aluannya pada majlis tersebut. Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Perak, Ust. Ibrahim Hj. Zakaria menyampaikan ceramah beliau sebelum YB. Datuk Paduka Hj. Husam Musa mengambil tempat.

Keadaan hujan yang lebat bermula selepas Maghrib tidak menghalang ahli dan penyokong PAS menghadiri majlis tersebut. Walau bagaimana pun keadaan cuaca makin bertambah baik menjelang ucapan YB. Datuk Paduka Hj. Husam Musa menyampaikan ceramah.

Majlis tamat kra-kira jam 12:00 tengahmalam.

Friday, November 13, 2009

From Wonderful Grace Blog

Sunday, 30 March 2008

Wonderful Grace

Wonderful Grace...

As usual, after church and go eat and eat !!! After that, me and another bro. due to some hotz sun ... we decided to for a little cooler area which is Chammang Waterfall.

We start our journey at 5pm ... which is after a heavy rain! And the skies were smiling at us with a cheerful rainbow! So we head our journey into the waterfall... along the road, we experience something tat hardly being experienced by many people. The wind were blowing superb strongly against us, and me driving motor in... and even the steering was shaken and some part i struggle to control it but really thank God for nothing had happen and we really enjoy and thank God for tat journey! Tat journey ... the wind keep blowing harshly, follow by some heaven's kind of atmosphere with clouds chilling environment!

Reaching that area was another big surprise to me! After the rain, that area normally shudnt be crowded with people and cars, but its really lots! So we parked the motor in front of a drink shop and we tripled locked down the motor! Walking down the stream, heading to a place where Patrick which is one of my brother who baptize in tat area last year! Wondering and wondering we reach the area, and my brother was taking camera snapping some scenery while me and later on my brother preparing the fire to heat up and boil a Nescafe Gold Aroma 3 in 1 instant coffee, but sadly, we running out of matches as well as dry leaf since is after the rain! And the wind blow hit against the tree and we saw many branches is falling down. So, during that minutes, we decided to leave and complete our main objective which is collecting some smooth river stone for sunday school and beautify the church with all these stones and minerals. Heading up walking at the riverside hitting against the river and we reach a place where many nice stone were found.

We started to collects stone and rocks around that area! And after few minutes collecting enough stones, me and my brother in Christ were enjoying photographing! We took many great pictures and "model" posting near the reiverside... whr the river is not harsh and is not deep... Its smooth, clean and really amazing clear... We took my great shots...

After awhile... here's come the disaster, we hear suddenly no thunder with no rain, the flow of the river is from shhhii.... to swash swash sound, and my brother was telling me the river flow getting faster and faster !!! I was at the eyes shooting the flow of the stream, when my head was rise to see the river flow claims by my brother, I was SHOCKED!!! Guess what, the river turning yellow and my experience telling me is FLASH FLOOD!!! I was telling my bro to run and run for life!!! We head bac to a rock took all our belonging and we rsh to the land, but everything is happen way to fast, the stream is getting faste and faster as well as deeper! We thought we were trapped in the center of the river! And I was so scare that my brother will hurt or wat! I personally know how to swim well even in the dangerous situation coz of last time training! So, we both rush and head to a nearer rock to the land, and we threw our bags and slippers to the lands, and we trying to go across a deep stream, yellowish and fast flow. But The riverside which is 1meter btw the stream and the land we standing! We were trapped and we realize we are facing the corner of death whereby there's is no time for prayer and we so scare of stepping into a slipply ground that d stream may push us away!

When it happen, there's a tree falling down, block the stream awhile, me and my brother holds hand to hand and helping each other to cross the river. And when we reach the riverside ... there's a Ranger rush down and ask all the people get off the ground and the river. When we reach the ground, we realize our mission had fail us! We forget to threw another bag of stone that we collect. And my brother told me this... Stone or rocks is not important, the important is we had each other and what can we get from just now was all about Teamwork and Life in Christ! We thank the Lord ... when we reach the waterfall where we parked our motor! We saw ever the first time in my whole entire life until now... The Waterfall was superb dangerous and is one of the biggest fall and flow of water i ever see in Chammang Waterfall!!! Hanging Bridge was disabled tat time! The people opposite had to camp d... Heading back to church for prayers, and make a cup of coffee, clean ourself and head back home.

We are glad coz we are safe! We are happy too... because God is Great! We are not sad and not swearing that we will nvr come bac, because we know He is a merciful gracious Lord! In th end, we all laugh at each other ... 1st time for him to gain a survive living in this flash flood situation, and its my 4th time running safely away from flash flood and the death trap. We thank the Lord really ...

Picture here...
Photobucket
Normal Waterfall (No Flash Flood)
Photobucket
Great Shots of Photograph b4 Flash Flood
Photobucket
Nice Stream Reflection (Another great shot by me^^) - b4 Flash FloodPhotobucket
This is when my brother telling me water flowing faster while i trying to figure out a nice post photograph. Stream fasten!
Photobucket
My Legs... my stand... river was hitting me ...harshly ...b4 i reach river sidePhotobucket
Another shots ... actually during that time not so worse yet ... but it started to begin the worse of worsest! My leg again^^
Photobucket
This is the area where we trap!!! around 1-1.5meter btw riversidePhotobucket
And we reach up the waterfall where we park our motor!Photobucket
Flash Flood Waterfall
Photobucket
Flash Food waterfall
Photobucket
Scary!!!
Photobucket
Teamwork- Taken last few month in the same river purpose for videographing some Youth Program!Photobucket

Thursday, November 12, 2009

ROSMAH OOOOHHHH ROSMAH!!!!!!!

KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, berkata adalah tidak adil mengheret isteri dan anak-anak dalam politik suami.

"Janganlah dibuat wanita sekecil itu, buat seolah-olah kita bahan pertaruhan dalam kancah politik. Kalau nak berpolitik, politik sahaja jangan sangkut-paut dengan wanita," kata Rosmah ketika rakaman rancangan "Apa Kata Wanita Bersama Bersama Zamzarina" di Angkasapuri di sini hari ini.

Rosmah diminta mengulas isu baiah Pas yang mana wakil rakyat mengikrar sumpah taat setia kepada parti dan sekiranya mereka melompat parti, jatuhlah talak talak tiga ke atas isteri mereka.


Rosmah berkata, politik dan rumahtangga tidak harus dicampuradukkan kerana jika isteri tertekan ia akan membawa kepada keburukan personaliti isteri dan akhirnya rumah tangga tidak bahagia.

"Kalau suami tak gembira, nak keluar pun takut (lompat parti), tak keluar pun tertekan," katanya.

Sementara itu, Rosmah berkata tidak mustahil Malaysia pada masa akan datang dipimpin oleh Perdana Menteri wanita berdasarkan kegigihan dan komitmen wanita yang tinggi terhadap kerjaya dan keluarga pada masa kini.

Katanya, pada masa ini lebih 70 peratus daripada pelajar institusi pengajian tinggi terdiri daripada wanita dan ramai wanita menerajui pentadbiran tertinggi jabatan kerajaan dan syarikat swasta. - Bernama

Contohi Presiden Pas yang Cool dan sabar mendengar orang menkritiknya

Saya nak sambung sikit tulisan Isnin lepas. "Orang-orang politik jangan sombong dan angkuh." Saya mulakan tulisan itu dengan paragraf pertamanya: "Tak sangka rupa-rupanya perkara itu begitu serius. Nasib baiklah Tok Guru Nik Aziz meletupkannya cepat. Kalau tidak, semua orang pakat duk sembunyikan benda-benda yang mereka tak suka itu, dengan anggapan ia hanya perkara kecil. Rupa-rupanya ia bukan lagi perkara kecil."


Dan respons kepada tulisan itu, yang kebetulan juga selepas berlangsungnya Seminar Khas PAS itu, rupa-rupanya lebih daripada apa yang saya tak duga dulu itu. Ingat mulanya ia tidaklah begitu serius. Tetapi rupa-rupanya ia betul-betul serius. Sana sini orang menyatakan kekecewaan dan harapan yang telah pudar dan patah. Aduuh!...

Berbagai aduan dan cerita terus sampai lagi kepada saya. Bukanlah nak percaya begitu saja kepada semua yang disampaikan itu, tetapi kebanyakannya adalah pengukuhan kepada apa-apa yang memang kita sendiri pernah alami dan temui. Cerita-cerita kekecewaan dan kehampaan orang-orang yang mengharapkan PAS dan KeADILan benar-benar tidak serupa dengan Umno.

Sekali apabila harapan rakyat itu telah pudar dan patah, hendak mengembalikannya semula kepada keadaan yang baik seperti sebelumnya, atau dengan kata yang sering digunakan sekarang – hendak 'memperkasakannya' semula, bukanlah satu kerja mudah. Tidak cukup dengan menganjurkan seminar, dan tidak cukup dengan menganjurkan konvensyen. Terlajak perahu boleh diundur. Terlajak langkah pimpinan di depan, rakyat di belakang mulalah bercempera mencari 'ikon' baru tempat mengadu.

Apabila orang awam mula berkata: "Sama sajalah, PAS-kah, KeADILan-kah, Umno-kah, semuanya sama. Belum menang rakyat didahulukan. Bila dah menang semua nak berebut kuasa. Harapan rakyat tidak dipedulikan lagi."

Betul. Saya bersetuju dengan Lim Hong Siang (editor MerdekaReview versi Melayu) yang mengatakan "PAS bukan takut menang, tapi gagal uruskan kuasa". Baru sahaja mendapat sebahagian daripada kemenangan yang diperjuangkan, pihak pimpinan sudah menunjukkan 'warna' keikhlasan kepimpinan mereka yang mengundang kecurigaan di kalangan rakyat yang menaruh harapan menggunung kepada mereka.

Saya juga berfikir panjang dengan kenyataan Zolkharnain Abidin (bongkarsauh.blogspot) yang pulang dari Seminar Khas itu dengan membawa kehampaan, kerana katanya seminar itu "mengulangi komitmen-komitmen lama yang memang telah diketahui umum". Atau barangkali 'persepsi' Zolkharnain itu salah? Saya tak tahu, sebab saya tak hadir dalam seminar itu, makanya saya berfikir panjang membaca kenyataannya.

Seorang YDP kawasan bertanya saya, "Apa sebenarnya tujuan seminar itu?" Saya tanyakan dia semula, "Ustaz tak pergikah?" Dia jawab dia pergi. Ah, saya tak pergi ...

Apa pun, alhamdulillah, orang ramai mulai berfikir secara serius akan masalah yang sedang kita hadapi. Itu tanda-tanda dan ciri-ciri baik bagi sebuah masyarakat. Dan paling saya gembira ialah apabila Prof Dr Aziz Bari yang mengkritik Presiden Tuan Guru Abdul Hadi Awang begitu keras itu, diundang pula untuk menyampaikan pandangannya dalam seminar itu.

Tak usah fikir lainlah. Fikirkan kalau yang Aziz Bari kritik itu bukan Presiden PAS, tapi Presiden Umno. Apa akan jadi? Mungkinkah Umno akan undang Aziz Bari membentangkan pandangannya dalam seminar khas Umno? Saya tak fikir itu boleh berlaku dalam Umno. Sebaliknya Aziz Bari mungkin akan kehilangan jawatannya di Universiti Islam Antarabangsa.

Maka untuk itu saya fikir kita patut mengucapkan syabas kepada Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Jelas dia seorang yang berhemah tinggi dan berjiwa besar. Teladan yang ditunjukkan itu, kita harap, akan menyemarakkan lagi ciri-ciri demokrasi dan kebebasan bersuara dalam PAS.

Tak mengapalah dengan kekecewaan dan kehampaan yang masih wujud di kalangan rakyat di sana sini. Itu tandanya harapan masih ada. Hanya kita perlulah memberikan perhatian yang lebih bersungguh-sungguh kepadanya. Yang terjadi telahpun terjadi. Kita terimalah realiti dan fakta itu, dan kita bekerjalah bagi mengembalikan semula harapan dan kepercayaan rakyat kepada kita

Bukan saja PAS. KeADILan pun sama. Sana sini timbul masalah "pemimpin yang bermasalah". Mula di Perak, kemudian di Pulau Pinang, kemudian di Kedah, dan sekarang di Selangor pula. Maka saya pun jadi terfikir juga - apakah ini semuanya terjadi secara kebetulan, atau kerana salah pimpinan masing-masing (PAS dan KeADILan), atau sebenarnya ini semua terjadi akibat daripada usaha 'underground' pihak Umno?

Saya terfikir begitu kerana saya dan kawan-kawan tidak mahu percaya bahawa para pimpinan peringkat atasan PAS boleh begitu mudah menimbulkan "masalah-masalah" itu. Kita macam tidak percaya? "Eh, takkan mereka boleh berfikir macam itu?"

Maka itulah kami pun berfikir bahawa "masalah" yang sedang berlaku dalam Pakatan Rakyat sekarang ini, ada kemungkinannya sebagai akibat daripada usaha halus dan tersembunyi di pihak Umno-BN. Mereka "membaca" di mana tersembunyinya kelemahan-kelemahan pihak yang memimpin PAS dan KeADILan sebagai manusia (kerana manusia itu mesti ada lemahnya), lalu mereka membuat serangan secara tersembunyi di sebalik helah-helah yang kelihatannya "baik" dan "lebih baik", demi untuk "Islam dan Melayu" – konon!

Tidak salah kita berfikir begitu. Kemungkinan itu memang ada. Bahkan saya lebih cenderung mempercayai kemungkinan itu. Memang kita boleh ketawa dengan slogan retorik Perdana Menteri Najib – Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Tetapi kita jangan pandang remeh dan lekeh kepada pemikiran dan strategi di belakang slogan itu.

Ketika harapan rakyat penyokong Pakatan Rakyat mulai pudar dan patah, tidak mustahil sebahagian mereka akan 'termakan' dengan slogan retorik itu. Sebab: kalau PAS dan KeADILan pun sama saja dengan Umno-BN, lebih baiklah sokong Umno-BN, dah tentu mereka lebih mampu untuk menolong rakyat, kerana mereka banyak duit.

Ha, kalau rakyat sudah berfikir seperti itu, bahaya besar. Bukan bahaya kecil, tapi bahaya besar. Maka eloklah kita cepat-cepat menyedarkan sesama kita, seperti yang disarankan al-Quran (surah al-'Asr), supaya kita sering ingat-mengingati, nasihat-menasihati.

Dan jangan cepat marah kalau orang menegur dan mengkritik kita. Jangan cepat melenting dan menuduh orang nak sabotaj kita. Contohi Presiden yang cool dan sabar mendengar orang mengkritiknya. Sekali lagi syabas Tuan Guru!

Oleh DINSMAN

Wednesday, November 11, 2009

Sayangnya Saidina Abu Bakar Kepada Rasulullah

Madinah adalah sebuah bandar yang sebelumnya dikenali dengan nama Yatsrib - sebuah nama jahiliah yang mempunyai unsur pemujaan kepada tokoh. Yatsrib adalah nama seorang bangsawan dari keturunan paling terhormat, Amaliqah. Ia dianggap sebagai orang yang paling berjasa membangunkan wadi yang dikelilingi gunung batu itu. Dan kini menjadi bandar yang makmur dan indah.

Sedangkan Yatsrib selaku penguasa, sering berlaku tidak adil dan memeras tenaga rakyat untuk membangunkan bandar. Mereka sentiasa berdepan dengan bahaya serta musim yang tidak menentu. Namun yang mendapat nama adalah keluarga Yatsrib.

Kedatangan Rasulullah s.a.w. yang membawa cahaya iman dan Islam, telah mengubah segala-galanya. Tidak seorang pun lagi yang mempunyai hak untuk mengatur hidup orang lain sewenang-wenangnya. Rasulullah telah menjalin kehidupan masyarakat dengan sedemikian rupa, berasaskan kasih sayang dan persaudaraan Islam.

Baginda bukan sahaja mewakili kaum bangsawan dan orang-orang kaya, tetapi juga mewakili kepentingan masyarakat awam dan golongan miskin. Baginda berjaya menjadikan bandar Yatsrib dimiliki oleh seluruh warganya, bukan hanya milik orang tertentu. Dan perubahan itu terpancar daripada nama baru bagi bandar Yastrib yang kini dikenali sebagai Madinah Al-Munawwarah. Madinah yang cemerlang.

Dan kini pemimpin yang adil yang telah banyak membawa perubahan kepada bandar itu, telah pergi buat selama-lamanya. Madinah yang cemerlang, kini diliputi mendung dan duka.

Beberapa hari selepas kewafatan Rasulullah, para Sahabat berkumpul di hadapan rumah Sayidina Abu Bakar As Siddiq. Mereka ingin mendengar kata-kata penyejuk hati dan pengubat duka yang menimpa.

Sayidina Abu Bakar masih berada di dalam rumah. Dadanya terasa sebak. Sedang hatinya masih dilanda kerunsingan dan kesedihan. Ingatan kepada Rasulullah tak pernah putus.

Sayidina Abu Bakar cuba duduk untuk menenteramkan hatinya. Ia terkenang kembali saat-saat indah yang dilaluinya semasa Hijrah bersama Rasulullah. Dan peristiwa semasa bersembunyi di Gua Tsur adalah kenangan yang tak akan dilupakannya.

Sebelum masuk ke gua yang gelap dan sempit itu, ia terlebih dahulu memeriksa semak dan belukar agar tidak ada binatang berbisa yang mengancam keselamatan Rasulullah. Semua lubang disumbatnya dengan sobekan serban dan gamisnya. Barulah kemudian Rasulullah dipersilakan masuk.

Kerana letihnya Rasulullah, baginda tertidur di pangkuan sahabatnya itu. Baginda tidur dengan lena. Nafas baginda yang berbau harum, menghembus lembut bagaikan aliran air di Wadi Jalilah. Sedang di hujung kaki baginda, masih ada satu lubang yang masih belum ditutup.

Abu Bakar merasa bimbang sekiranya lubang itu dihuni oleh binatang berbisa. Tetapi dia tidak sampai hati untuk membangunkan Rasulullah. Perlahan-perlahan Abu Bakar menggerakkan kakinya untuk menutup lubang tersebut.

Ternyata apa yang dibimbanginya adalah benar. Lubang tersebut dihuni oleh binatang berbisa. Sebuah gigitan yang cepat dan memedihkan melukai tapak kakinya. Gigitan itu makin lama makin pedih. Dan sampai ke paras mata kaki, ia kelihatan biru dan bengkak.

Abu Bakar amat kesakitan. Begitu pedihnya sehingga dia terpaksa mengetap bibirnya. Lalu...beberapa titis air matanya jatuh di pipi Rasulullah. Dan Rasulullah terjaga. Baginda amat terperanjat melihat wajah Abu Bakar.

"Engkau menangis, sahabatku? Kenapa wajahmu pucat?" tanya Rasulullah sambil bangkit dari pembaringan.

Abu Bakar masih diam. Dia tidak sampai hati untuk menceritakan apa yang menimpa. Dia bimbang Rasulullah akan susah hati di tengah-tengah perjalanan yang sememangnya penuh kesusahan. Tetapi Rasulullah memahami peristiwa yang sedang berlaku.

"Engkau digigit haiwan berbisa, sahabatku?"

Abu Bakar mengangguk perlahan.

"Di bahagian mana?" tanya baginda dengan tatapan mata penuh simpati.

"Di bahagian kaki kiri," jawab Abu Bakar sambil menahan sakit.

Mendadak dada Abu Bakar jadi gemuruh. Bukan oleh kesakitan yang semakin merebak. Tetapi oleh tindakan Rasulullah yang tidak pernah disangka-sangkanya. Nabi yang agung itu mengangkat kaki kiri Abu Bakar, lalu menempelkan mulutnya pada bekas sengatan itu. Kemudian menghisapnya berulang kali, mengeluarkan darah yang terkena racun sampai bersih.

Dan sungguh...betapa agungnya peribadi itu. Rasul yang mampu memberikan kasih sayang sejati di mana mana, bila-bila masa serta dalam bentuk apa sahaja. Rasul yang bersedia susah dan hidup miskin agar umatnya terbebas dari kemelaratan. Rasul yang rela beribadah sampai kakinya bengkak-bengkak, demi mendoakan keselamatan dan kesejahteraan umatnya. Dan tidak ada siapa menginginkan peribadi mulia itu pergi untuk selama-lamanya.

Lamunan Abu Bakar dikejutkan oleh panggilan beberapa orang Sahabat. Abu Bakar melangkah dengan perlahan, mendapatkan para Sahabat yang telah sedia berkumpul di luar rumah.

"Saudara-saudaraku. ..jika engkau kehilangan, aku lebih kehilangan. Jika engkau berduka, aku lebih berduka," ujar Abu Bakar berdiri dengan tenang di hadapan para Sahabat.

"Namun kita tidak boleh menyerah kepada musibah. Sebab betapa pun kita cuba mengelak, tetapi setiap ketentuan Ilahi pasti terjadi. Bukankah Rasulullah yang sama-sama kita cintai pernah bersabda bahawa kita di dunia ini hanyalah ibarat musafir yang singgah sekejap dalam perjalanan panjang yang amat jauh.

Jadi, bukan di sini untuk kita menjalin pertemuan hakiki. Tetapi...nun di Akhirat sana, tempat yang semua kita akan tuju. Di sanalah pertemuan abadi akan kita nikmati dengan Rasulullah yang kita cintai," ucap Abu Bakar lagi.

"Betulkah kita boleh berkumpul semula dengan Rasulullah?" keluh seorang Sahabat.

Pasti...pasti kita akan menemui baginda semula selagi kita sama-sama menempuh jalan yang telah ditempuhi baginda," tegas Sayidina Abu Bakar memberikan keyakinan.

Di atas kecintaan dan keyakinan itulah perjuangan Rasulullah disambung oleh para Sahabat, sehinggalah Islam tersebar ke seluruh pelosok dunia. Dan kini....kecintaan dan keyakinan itu perlu disemai dan dimiliki semula, demi tertegaknya syiar Islam yang agung.

Wallahu 'A'lam bis Sowaab.

Semoga kita tergolong di dalam golongan yang memperjuangkan agama Allah SWT yang di bawa oleh Rasulullah SAW. InsyaAllah.

Baitul_Irfan

S'gor dedah info rahsia pertama

Salhan K Ahmad
Nov 11, 09
5:39pm
kemaskini 6.38pm Kerajaan Selangor mendedahkan dokumen satu daripada tiga projek - dikategorikan rahsia oleh kerajaan BN sebelum ini - yang memperincikan perpindahan hak milik tanah rakyat di Bukit Cerakah, Shah Alam kepada pemaju menyebabkan lebih 700 penduduk miskin kehilangan tanah mereka.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pendedahaan maklumat berkenaan berkaitan projek Bandar Alam Perdana, yang sebelum ini dikawal bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA), bertujuan untuk memberi gambaran sebenar projek berkenaan.

Beliau mendedahkan maklumat itu hari ini berdasarkan bidang kuasanya sebagai menteri besar Selangor seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 2(C) OSA.

Tambahnya, pendedahan melalui risalah yang akan diedarkan kepada masyarakat umum itu juga akan membolehkan petani dan pemilik tanah seluas 17,000 ekar itu mengambil tindakan ke atas pemaju terlibat.

"Sebelum ini mereka tidak boleh ambil tindakan sebab tidak tahu kedudukan sebenar," katanya dalam sidang media selepas persidangan DUN.

Abdul Khalid menjelaskan, pemilik tanah berkenaan, yang merupakan penduduk miskin, pada asalnya telah diberikan sebanyak tiga ekar tanah pertanian setiap seorang untuk diusahakan dengan tanaman kelapa sawit.

Katanya lagi, pemilik tanah menyerahkan tanah mereka kepada seorang pemaju yang menukarkan status tanah menjadi tanah komersil untuk dimajukan menjadi projek perumahan Bandar Alam Perdana.

Tambahnya, petani-petani tersebut telah dijanjikan untuk dibayar RM360,000 bagi tanah berkenaan

"Akhirnya pemilik tanah hilang tanah sebab pemaju cagarkan kepada bank, dan 30,000 pembeli rumah tidak mendapat rumah yang dijanjikan," katanya.

"Siapa menteri besar terlibat, siapa usahawan terlibat, semua kita masukkan dalam risalah ini, ada disertakan gambar juga takut salah orang."

Ketika ditanya, Abdul Khalid bagaimanapun gagal mengesahkan sama ada berlaku penyelewengan atau salah guna kuasa oleh mana-mana pihak dalam projek tersebut.

"Tujuan (pendedahan) untuk memberi maklumat. Terpulang kepada kita untuk tahu, dulu tanah pertanian, sekarang kalau kita pergi ke tempat situ, projek terbengkalai," katanya.

Katanya lagi, pendedahan ini salah satu daripada usaha untuk membincangkan enakmen baru mengenai kebebasan maklumat di DUN itu nanti.

Jelasnya lagi, risalah itu bertajuk 'Rancangan Revolusi Hijau dan Bandar Alam Perdana: Tanah Hilang, Rumah Tak Dapat' akan mula diedarkan kepada orang ramai pada Isnin depan.

Ia juga akan mula dimuatkan di laman web rasmi kerajaan negeri itu esok.

Semalam, Abdul Khalid berkata, kerajaan Selangor akan mendedahkan tiga dokumen berkaitan projek pembangunan di negeri itu yang didakwa telah menguntungkan syarikat-syarikat tertentu bawah pentadbiran BN.

Dua risalah rahsia dijadual didedahkan masing-masing pada 13 dan 16 November ini.

Sultan Tiada Kuasa Memecat Nizar

OLEH : MOHAMED HANIPA MAIDIN

“ Tunjukkan mana-mana peruntukkan di dalam Perlembagaan Perak yang memberi kuasa kepada Y.M Sultan Perak untuk memecat Nizar sebagai Menteri Besar ( MB ) Perak yang sah”. Itulah intipati hujah pasukan peguam Nizar semasa berhujah di Mahkamah Persekutuan , Putrajaya pada 5 November yang lalu.

Peguam Zambry dan Peguam Negara berhujah bahawa Zambry adalah MB yang sah kerana beliau telah dilantik oleh Y.M Sultan Perak di bawah Perkara 16 ( 2 ) Perlembagaan Negeri Perak. Peguam Nizar pula berhujah sebelum Zambry boleh mendakwa dia adalah MB Perak yang sah beliau perlu membuktikan terlebih dahulu bahawa jawatan MB yang disandang oleh Nizar telah dikosongkan ataupun Nizar telah dipecat secara sah berdasarkan Perlembagaan Negeri Perak.

Sepertimana yang dikatakan oleh Harley CJ ( Borneo ) di dalam kes Stephen Kalang Ningkan v Tun Abang Haji Openg and Tawi Sli ( 1966 ) 2 MLJ 187 , terdapat dua keadaan di mana Governor ( atau Sultan ) mempunyai bidibicara iaitu (a) dalam isu pelantikan MB dan ( b ) enggan bersetuju untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri ( DUN ) .

Harley CJ seterusnya berkata “ As regards to ( a ) , nobody could be so foolish to suggest that a Governor could appoint a second Chief Minister while there was still one in office..” ( Terjemahan : “Berkenaan ( a ) , tiada orang yang terlalu bodoh untuk mencadangkan bahawa Governor boleh melantik MB yang kedua jika MB yang pertama masih memegang jawatan tersebut.” )

Apa yang jelas sehingga 5 November 2009 Zambry masih tidak dapat membuktikan bahawa kerusi MB yang Nizar pegang telah dikosongkan atau Nizar telah dipecat secara sah oleh Sultan Perak.

Peguam Zambry dan Peguam Negara berhujah bahawa memandangkan Nizar telah memohon secara betulis pada 5.2.2009 kepada Sultan bagi pembubaran DUN Perak di bawah Artikel 16 ( 6 ) Perlembagaan Perak dan memandangkan Sultan enggan menggunakan budibicaranya untuk membubar DUN Perak maka Nizar dan barisan exconya hendaklah meletakkan jawatan berdasarkan peruntukkan itu.

Peguam Zambry dan Peguam Negara juga berhujah bahawa di dalam surat Nizar kepada Sultan bertarikh 5.2.2009 itu Nizar mengatakan jumlah kerusi BN dan PR adalah sama banyak iaitu masing-masing 28 kerusi kerana kerusi tiga ADUN yang melompat telah diisytiharkan kosong oleh Speaker. Peguam Zambry dan Peguam Negara berhujah jika pun jumlah kerusi BN dan PR adalah sama iaitu 28 Nizar masih lagi tewas jika undi tidak percaya diadakan kerana kerusi PR sebanyak 28 itu termasuk kerusi speaker maka jika undian dibuat speaker tidak boleh mengundi maka PR hanya boleh dapat 27 undi sahaja.

Peguam Nizar menjawab sebelum Artikel 16 ( 6 ) hendak digunakan oleh Zambry mestilah terlebih dahulu dibuktikan bahawa Nizar telah kehilangan kepercayaan oleh Adun –Adun dan bagi menentukan hal tersebut perlu diadakah sidang dewan bagi para Adun membawa undi tidak percaya kepada Nizar. Di dalam kes ini adalah jelas tiada sebarang undi tidak percaya telah diambil dari mana-mana sidang Dun. Oleh itu prasyarat Perkara 16 ( 6 ) tidak dipenuhi di dalam kes ini.

Peguam Nizar juga berhujah bahawa berdasarkan sejarah negara ini undi tidak percaya yang dibuat di dalam sidang dewan pernah berlaku di dalam kes di Trengganu pada tahun 1961. Pada tahun 1959, PAS berjaya membentuk Kerajaan di Trengganu dan MB yang dilantik adalah Y.B Daud Samad. Pada 26/10/1961 Ketua Penerangan Umno Tuan Syed Jaafar Albar telah mengumumkan bahawa Perikatan telah menjadi parti majoriti kerana 3 orang Adun PAS dan 3 orang Adun Parti Negara telah melompat menyertai Umno.

Isteri Datuk Kamaruddin Jaafar meninggal Dunia

steri kepada Datuk Kamaruddin Jaafar , Ahli Parlimen Tumpat ,Datin Kamariah Kamarudin telah meninggal dunia di rumahnya di SS7 No 2, Jalan 7/2, Kelana Jaya awal pagi tadi. Allahyarhamah telah lama mengidap penyakit kanser.

Ucapan takziah diucapkan dan semoga Allahyarhamah di tempatkan di sisi orang-orang yang beriman dan diampunkan segala dosanya. Di beritakan juga Datuk KJ sekarang ini sedang berada di luar negeri.

Monday, November 9, 2009

Lingam tak langgar undang-undang: Nazri

KUALA LUMPUR: Tiada sebarang tindakan diambil terhadap peguam Datuk VK Lingam sehingga kini kerana beliau didapati tidak melanggar sebarang undang-undang kerana melobi pelantikan hakim walaupun beliau dipaparkan cuba berbuat demikian dalam satu klip video, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata kerajaan telah melihat kes berkenaan daripada pelbagai segi termasuk Akta Hasutan 1948, tetapi mendapati tiada mana-mana akta di negara ini yang boleh mensabitkan beliau melakukan salah guna kuasa dalam isu pelantikan hakim.

"Kita tidak nafi yang bercakap (dalam klip video) itu sebenarnya Lingam. Tetapi saya juga kata dalam dunia ini mungkin juga banyak 'conman'. Memang Lingam yang bercakap tetapi mungkin dia berlagak...saja hendak menunjuk.


"Tetapi masalahnya, kita (dapati) tiada kesalahan dalam mana-mana akta yang boleh mensabitkan beliau sehingga dihukum," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2010 di peringkat dasar.

Penjelasannya itu menyebabkan suasana Dewan agak kecoh apabila diganggu beberapa wakil pembangkang yang mempertikaikan kenapa tiada tindakan dikenakan sedangkan sebuah suruhanjaya yang menyiasat klip video itu mencadangkan agar peguam itu dikenakan tindakan.

Semasa menjawab soalan Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) berhubung bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menyuarakan rasa kesal dengan tindakan kerajaan menutup kes itu, Mohamed Nazri berkata tindakan yang diambil oleh kerajaan tidak berdasarkan kepentingan peribadi.

"Sekiranya Yang Berhormat mantan perdana menteri merasa dirinya dianiayai, disebut-sebut, saya percaya ada ruang lain di mana beliau boleh mengambil tindakan," katanya.

Mohamed Nazri menjelaskan bahawa sesiapa yang bertindak menasihati atau memberikan pandangan kepada Perdana Menteri tentang pelantikan hakim, tidak boleh dikatakan melakukan suatu kesalahan melainkan jika tindakan itu adalah suatu konspirasi untuk memburukkan badan kehakiman, atau dibuat dengan tujuan untuk mendapatkan balasan atau faedah.

"Mengenai hal ini tidak menjadi sesuatu yang ganjil pandangan pelbagai individu dan organisasi diminta dan diambil kira dalam pelantikan hakim-hakim kerana pada hakikatnya perdana menteri seorang diri tidak akan dapat membuat keputusan kerana tidak mengenali sendiri calon-calon hakim.

"Rundingan sebegini yang tidak membabitkan rasuah atau unsur-unsur lain yang disebutkan tadi bukanlah satu jenayah," katanya.

Mohamed Nazri berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telahpun menjalankan siasatan lanjut terhadap individu utama yang dikaitkan dalam rakaman klip video itu dan mendapati bahawa tiada kesalahan jenayah telah dilakukan berhubung dengan isu penyalahgunaan kuasa dalam pelantikan hakim.

Mengenai satu isu lain, beliau berkata kerajaan akan terus mengkaji, meminda atau memansuhkan mana-mana peruntukan atau akta yang tidak lagi sesuai untuk dikuatkuasakan.

"Ia adalah usaha yang berterusan yang dijalankan oleh Jabatan Peguam Negara untuk memastikan keberkesanan sistem perundangan negara dan untuk memodenkan undang-undang supaya sejajar dengan perubahan kehendak masyarakat," katanya.

Beliau berkata, satu Memorandum Jemaah Menteri sedang disediakan berkenaan cadangan penubuhan Jawatankuasa Pembaharuan Undang-undang Malaysia yang akan dipengerusikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, dan membabitkan Bahagian Penyemakan dan Pembaharuan Undang-Undang di Jabatan Peguam Negara.

Mengenai cadangan supaya undang-undang Anti Diskriminasi digubal, Mohamed Nazri berkata kerajaan belum bercadang untuk menggubal undang-undang berkenaan kerana belum ada keperluan berbuat demikian.

"Terdapat beberapa peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kesamarataan dan perlindungan bagi semua orang di sisi undang-undang," katanya.

Mohammed Nazri juga berkata Perlembagaan Persekutuan tidak perlu dipinda bagi memperjelaskan maksud "native" atau "anak negeri" Sabah dan Sarawak kerana ia telah ditafsirkan dengan jelas.

Menyentuh isu rasuah dalam agensi kerajaan seperti yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2008, beliau berkata setakat ini SPRM telah membuka 41 fail siasatan yang membabitkan penyiasatan jenayah dan kelemahan pengurusan.

"Saya berharap semua pihak bersabar dan memberi peluang kepada SPRM untuk melaksanakan tugas mereka dengan lancar tanpa sebarang tekanan," katanya.

Beliau berkata, kesungguhan SPRM untuk mengambil tindakan berhubung dengan pendedahan Laporan Ketua Audit Negara tidak perlu diragui.

Mohamed Nazri berkata, ini terbukti apabila tahun lalu seramai 15 orang telah dituduh di mahkamah manakala 18 laporan tatatertib dan surat nasihat telah dikeluarkan kepada jabatan dan agensi berkaitan. - Bernama

Bagai Abu Bakar dan Umar.

Posted on Sunday, November 08 @ 06:52:45 PST by tokdalang

Oleh Tok Pijat

Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan Tuan Guru Haji Hadi adalah nama besar didalam kepimpinan PAS sekarang.TG Nik Aziz memegang jawatan Mursyidul Am, satu jawatan lebih mirip kepada Penasihat atau Pemantau Dasar. Jawatan Mursyidul Am adalah dilantik oleh Majlis Syura PAS



Manakala TG Haji Hadi pula sebagai Presiden, jawatan yang dipertandingkan dalam Muktamar Agung PAS.

Lebih menarik, mereka berdua tinggal berjiran, Kelantan dan Terengganu dimana kedua negeri PAS pernah memerintah. Cuma bezanya PAS hingga kini masih memegang tampuk pemerintahan di Kelantan manakala Terengganu tumbang pada PRU 11 2004.

Dari segi umur, TG Nik Aziz lebih tua dari TG Haji Hadi lebih kurang 15 tahun.

Melihat cara berfikir keduanya, masing-masing mempunyai pendekatan yang berbeza. Ini barangkali berdasarkan cara mereka berdua mendapat tarbiyyah dan pendidikan di luar negeri.

Walaupun keduanya tempat terakhir destinasi pendidikan di Al Azhar Mesir tetapi tempat menimba ilmu sebelum Al Azhar adalah berbeza.

TG Nik Aziz habiskan masa belajarnya di India selama 11 tahun. Belajar melalui sistem Deobandi. Satu sistem ala pondok di negara kita tetapi ilmunya lebih terjurus kepada ilmu Hadis, tasawuf dan mantiq. Beliau tentu dapat pengalaman dan pengajaran yang banyak dari Syekhul Hadis. Juga dapat belajar ilmu kehidupan melalui penggamatan kehidupan masyarakat India.


Manakala TG Haji Hadi pula sebelum ke Mesir, beliau mendapat didikan dari Bumi Rasulullah, Madinah selama 4 tahun. Tentulah penekanan lebih kepada soal aqidah dan haraki. Boleh dikatakan beliau adalah antara kader-kader yang mendapat tarbiyyah langsung dari Ikhwanul Muslimin samada semasa di Saudi maupun di Mesir. Hingga kini beliau masih berhubung dengan rakan-rakan perjuangan Ikhwanul Muslimin di luar negara.

Kini PAS di bawah "pemerintahan" mereka berdua. TG Nik Aziz terkenal dengan ilmu mantiqnya yang berbisa dan tinggi. TG Haji Hadi pula terkenal kepakaran dengan ilmu harakinya. Dengan gabungan ilmu mereka berdua dan sokongan dan dokongan saf pimpinan inilah yang menjana PAS ke peringkat kemuncak kini.

Soal terdapat percanggahan pendapat antara mereka berdua, itu soal biasa. Dengan ilmu mereka berdua, berkelayakkan membuat ijtihad. Betul dapat 2 pahala, salah pula 1 pahala.

Mengenang kembali kisah Abu Bakar dan Umar, dua orang Sahabat Rasulullah yang dijamin masuk syurga. Mereka juga ada khilaf dalam satu-satu isu. Seperti :
a) Hukuman keatas tawanan perang Badar. Pendapat Abu Bakar dilihat berperikemanusiaan manakala Umar agak keras. Tetapi pendapat Umar mendapat dibenarkan oleh Allah Taala.
Rasulullah umpamakan Abu Bakar selembut Nabi Ibrahim manakala Umar setegas Nabi Nuh ketika hadapi karenah umatnya.
b) Hukuman keatas orang murtad selepas kewafatan Rasulullah. Umar lebih bersikap lembut dan diplomasi. Abu Bakar pula memutuskan hukuman keras keatas riddah dengan menghantar bala tentera. Umar setuju dan hormati dengan keputusan Abu Bakar kerana beliau adalah Khalifah dan senioriti dalam Islam.
Begitulah hebatnya Abu Bakar dan Umar. Gabungan keduanya menyebabkan Kuasa Besar Dunia Rom dan Parsi jatuh ketangan pihak Islam pimpinan mereka berdua. Kini mereka berdua telah tiada.
Gabungan ilmu, pemikiran dan tarbiyyah TG Nik Aziz dan TG Haji Hadi sewajarnya menggerunkan pihak sekular di Malaysia khususnya UMNO. Begitu juga Kuasa Kuffar di luar negeri.

Mereka melihat iklim politik Malaysia dengan penuh cemas setelah PRU 12 dan jatuhnnya beberapa negeri ke tangan PR, dengan PAS menjadi MB di 3 buah negeri Kelantan,Kedah dan Perak serta sokongan rakyat terutamanya Cina dan India terhadap PAS.

Pihak Kuffar juga melihat regu TG Nik Aziz dan TG Haji Hadi adalah satu regu yang memberi ancaman kepada politik sekular mereka.
Melihat senario hari ini yang melanda PAS selepas PRU 12, tidak mustahil ianya satu perancangan dan muslihat golongan sekular samada UMNO maupun Amerika untuk melihat PAS berpecah.
Strategi mereka nampak berhasil. Bermula dengan insiden-insiden yang berlaku sebelum dan selepas Muktamar. Tidak mustahil pihak "ejen-ejen" mereka telah menyusup masuk ke dalam PAS untuk mencetuskan pepecahan dalaman PAS tanpa TG Nik Aziz dan TG Haji Hadi menyedarinya.
Lihatlah kisah bagaimana pihak Munafik pimpinan Abdullah bin Ubai memanupulasikan 2 peristiwa semasa perjalanan pulang Rasulullah dan tenteranya dari Ghazwah Bani Mustaliq. Peristiwa perebutan air dan fitnah terhadap Ummu Mukminin Aisyah.
Isu Kerajaan Perpaduan, kem Erdagon, Hasan Ali, perebutan Timbalan Presiden dan terkini EGM adalah rantaian hasil kerja "ejen-ejen" munafikin. Semuanya mempunyai satu target sahaja. Iaitu agar regu TG Nik Aziz dan TG Haji Hadi berpecah. Itu sahaja !
Malangnya kita tidak punyai Huzaifah Al Yaman untuk mengenali "ejen-ejen" ini !