Presiden PAS Selamatkan Mangsa Lemas

Wednesday, December 9, 2009

Alahai Mahkamah............

Mahkamah Persekutuan dah dengar kes siapa MB Perak yang sah. Mahkamah satu lagi sedang menangguhkan kes Kota Siputeh. Keputusan kedua-duanya masih belum diperolehi dan di percayai keputusannya sudah berada ditangan para hakim yang bijaksana.
Mengapa keputusan masih belum dikeluarkan? Dipercayai jugak oleh sebahagian rakyat Malaysia serta dunia bahawa sesungguhnya ‘tangan-tangan ghaib’ sedang bermain-main dengan keputusan tersebut.
Kita bimbang yang hakim-hakim ini akan menuruti telunjuk jari hantu tangan-tangan ghaib ini dan membuat keputusan yang salah. Kesan jangka panjang akan turut terpalit dengan keputusan ini.
Dengan melambatkan keputusan ini, telahan rakyat jelata dilihat benar yang mana hakim-hakim ini telah mengikut telunjuk tangan-tangan ghaib tersebut.
Oleh itu adalah dinasihatkan agar hakim-hakim ini mengeluarkan keputusan secepat mungkin. Jika keputusan yang dibuat nanti adalah bercanggah dengan semangat Perlembagaan serta undang-undang Malaysia bermakna hakim-hakim ini sengaja menempah tiket ke neraka jahanam.

No comments:

Post a Comment