Presiden PAS Selamatkan Mangsa Lemas

Wednesday, December 23, 2009

Hari ini enjin, esok entah apa pulak.........

1 Malaysia dan tau malah mungkin 1 dunia dah tau perihal 2 enjin pesawat F5E telah hilang. Alang-alang bukan senang nak seludup benda yang besar begini, bukannya enjin motor kapcai. Oleh kerana 1 Malaysia ni terkenal dengan slogan 'Malaysia Boleh', benda yang tak pernah terlintas difikiran pun boleh berlaku.
Kerja-kerja jahat ni telah bermula pada 2007 lagi, Menteri Pertahanan ketika itu tidak menghebahkannya. Aleh-aleh sekarang baru timbul, ada agenda tersembunyi ke???????
Memang pesawat ni dah 'out of phase' dah dan tidak lagi beroperasi, kerana khidmatnya dengan TUDM dah melebehi 30 tahun dah. Kalau tak salah saya, semasa Sulaiman Sujak lagi menjadi "Air Vice Marshall" dan Perdana Menteri ketika itu ialah Tun Abdul Razak.
Kita nak tau jugak, siapa yang jadi 'Pegawai Memerintah' TUDM Butterworth, ketika kejadian itu berlaku?, siapa 'Pegawai Logistik"?, apa kerja pegawai "Air Movement" kat TUDM Butterworth tu?......
Saya kira, ada orang besar di Mindef sana yang mendapat habuan besar hasil dari penjualan enjit pesawat F5E ini, bukannya anggota LLP.
Eloklah tubuh lembaga penyiasat dengan kadar segera, lagi baik kalau ada 'Suruhanjaya Khas' untuk menyiasat perkara ini.

No comments:

Post a Comment