Presiden PAS Selamatkan Mangsa Lemas

Tuesday, February 23, 2010

Fitnah MB court d'mammoth

Kerajaan MB court d'mammoth telah memfitnah bahawa Kerajaan Rakyat pimpinan MB Rakyat DS Ir. Nizar tidak pernah memanggil ADUN BN untuk menyertai mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah (JKD). MB Rakyat telah membuktikan dokumen untuk menafikan fitnah jahat Kerajaan MB court d'mammoth itu pada sidang akhbar hari ini. Malah menurut MB Rakyat, Kerajaan MB court d'mammoth tidak pernah menjemput ADUN Pakatan Rakyat untuk menyertai JKD selama setahun pemerintahan haramnya.
Ini membuatkan lembaga hitam metalic berada dalam keaadaan terkedu.

Monday, February 22, 2010

Menunggu Jawapan dari Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mahu Umno memberikan jawapan kenapa mereka membuat bantahan terhadap isu Perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang sedangkan 3 negeri yang diperintah Umno mengumumkan tidak mengadakan sebarang perarakan.

Bergegar tujuh petala langit bila mendengar Umno begitu nekad dan bersemangat memperjuangan perarakan maulidur Rasul yang umum mengetahui bahawa itu bukanlah sebahagian amalan yang dituntut atau diwajibkan oleh Islam. Kerajaan Pulau Pinang dituduh sebagai cuba menindas orang Melayu dan cuba menafikan hak mereka untuk berarak. Umno menuduh Kerajaan Pakatan cuba melenyapkan syiar Islam dan macam-macam lagi pertuduhan yang bersifat rasis dan melampau.


Akhirnya, kejahilan Umno ditampar oleh jabatan agama di 3 negeri yang mereka perintah sendiri. Jabatan Agama Johor, Pahang dan Perlis memaklumkan minggu lepas kepada wartawan Malaysiakini bahawa mereka tidak akan mengadakan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini, kerana ia tidak dituntut oleh Islam.


Mujurlah masih ada Jabatan Agama yang berani untuk menempelak kejahilan Umno ini. Jika tidak Umno akan terus jadi kaduk naik junjung dan menatang penuh kejahilan mereka atas dasar politik dendam kesumat.


Seluruh negara tahu, Umno kini bagai cacing kepanasan selepas kalah PRU-12. Setiap bulan mereka mencari alasan untuk adakan demontrasi seluruh negara. Setiap hari mereka memikir untuk cari isu untuk menghentam Pakatan. Mereka cuba jadi juara rakyat, cuba jadi juara Islam. Setelah modal 'Melayu' tidak laku, mereka mereka cuba jual 'Islam' untuk kepentingan politik mereka. Tapi rakyat tidak bodoh, Umnolah yang jahil.


Kepada seluruh ahli PAS dan rakyat Malaysia, marilah kita bersama-sama membaca surah yasin supaya Allah memberi hidayah kepada ahli umno  sempena  meraikan Maulidur Rasul. Rasulullah sepanjang hidupnya tidak pernah berhenti berdakwah, hatta kepada orang munafik dan Fasiq.


PAS yakin, ramai ahli Umno yang semakin cerdik hari ini dan mahu memilih Islam sebagai jalan perjuangan. Mungkin kerana takut hilang kesenangan dunia mereka masih ragu-ragu untuk tinggalkan Umno. Kita bacalah Yasin dan doakan semoga mereka diberikan hidayah untuk tinggalkan Umno dan menyertai perjuangan Islam yang sebenarnya. Tinggalkan perjuangan perkauman yang sempit kerana akhir hidup ini hanyalah liang lahad yang dinisankan dengan tulisan jawi dengan malaikat sedia menanti.


Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Saturday, February 13, 2010

Hampa paham dak ni!!!!!!!!

Malam semalam semasa berceramah di Markaz PAS Kg. Pdg. Kunyit, Gerik, saya tertarik dengan contoh yang diberikan oleh YDP Lenggong, Tn. Hj. Raziman Hj. Zakaria berkaitan permainan politik antara PAS dan UMNgOk umpama bermain bola dipadang yang tak rata, iaitu senget.
UMNgOk berposisi disebelah tempat yang tinggi manakala PAS berposisi ditempat yang rendah. Manakala pengadilnya pula jenis 'Allah saja Maha Mengetahui'.
Oleh kerana itu mudahlah bagi UMNgOk untuk menyumbat seberapa banyak gol yang dia mau. Alamatnya sampai bila pun PAS duk kelipuk-kelipuk. Ini lah dia realiti politik Malaysia yang sebenarnya. Mau tak mau bagi memenuhi tanggungjawab untuk menegakkan Islam di Malaysia ini, PAS terpaksa berjuang biarpun secara logiknya PAS tak akan menang sampai kiamat pun.
Salah satu yang sangat-sangat berkesan memenangkan UMNgOk ini ialah pengundi pos. Manakan tidak, semasa pengiraan dibuat UMNgOk mengira bermula dengan angka 3,000 kalau pengundi posnya 3,000 atau bermula dengan angka 4,000 kalau pengundi posnya 4,000. Manakala PAS bermula dengan angka '0' biar pun undi posnya 5,000.

Hampa paham dak niii!!!!!!!!!!!

Tuesday, February 9, 2010

Banyaknya cawangan UMNgOk

1. UMNgOk cawangan SPR
2. UMNgOk cawangan SPRM
3. UMNgOk cawangan PDRM

Yang Terbaru........
4. UMNO cawangan .................. (Lu pikir la sendiri)

Thursday, February 4, 2010

Wajah Mayat Hidup

Semasa makan tengahari digerai makan tadi, sambil makan sambil selak akhbar Utusam Meloya maka dimuka dalamnya termuat lah berita-berita di Negeri Perak. Gambar para wartawan mengerumuni MB Dipulau menanyakan pencapaian setahun pemerintahan setelah merampasnya dari DS Hj. Nizar, malas saya nak baca jadi tak boleh la nak mengulasnya.
Ada pun satu gambar lagi menunjukkan MB Dipulau sedang makan nasi bungkus konon-kononnya tak sempat makan tengahari kerana terlampau sibuk dengan tugas MB Kudeta tu. Disebelahnya ialah pembodek yang tak asing lagi, Dato' SUK
Dato' SUK ni sedang menunjukkan satu fail untuk ditaklimatkan kepada MB Dipulau itu, namun MB Dipulau itu buat dono je. Dari wajah Dato' SUK di dalam gambar tersebut saya dapati ada elemen-elemen yang menunjukkan wajahnya yang tak ceria, serius, masam dan entah apa-apa lagi dalam kepala hotaknya tu.
Dari raut muka nya terserlah wajah yang menyerupai mayat hidup, pucat dan tak bermaya.
Apakah yang bermain didalam kepala hotaknya, Wallahualam, harap-harap dia dapat bertentang mata dgn MB Nizar dalam masa yang terdekat ini. Sekurang-kurangnya masih boleh memohon maaf di atas tingkah lakunya yang amat biadap terhadap MB Nizar.