Presiden PAS Selamatkan Mangsa Lemas

Saturday, February 13, 2010

Hampa paham dak ni!!!!!!!!

Malam semalam semasa berceramah di Markaz PAS Kg. Pdg. Kunyit, Gerik, saya tertarik dengan contoh yang diberikan oleh YDP Lenggong, Tn. Hj. Raziman Hj. Zakaria berkaitan permainan politik antara PAS dan UMNgOk umpama bermain bola dipadang yang tak rata, iaitu senget.
UMNgOk berposisi disebelah tempat yang tinggi manakala PAS berposisi ditempat yang rendah. Manakala pengadilnya pula jenis 'Allah saja Maha Mengetahui'.
Oleh kerana itu mudahlah bagi UMNgOk untuk menyumbat seberapa banyak gol yang dia mau. Alamatnya sampai bila pun PAS duk kelipuk-kelipuk. Ini lah dia realiti politik Malaysia yang sebenarnya. Mau tak mau bagi memenuhi tanggungjawab untuk menegakkan Islam di Malaysia ini, PAS terpaksa berjuang biarpun secara logiknya PAS tak akan menang sampai kiamat pun.
Salah satu yang sangat-sangat berkesan memenangkan UMNgOk ini ialah pengundi pos. Manakan tidak, semasa pengiraan dibuat UMNgOk mengira bermula dengan angka 3,000 kalau pengundi posnya 3,000 atau bermula dengan angka 4,000 kalau pengundi posnya 4,000. Manakala PAS bermula dengan angka '0' biar pun undi posnya 5,000.

Hampa paham dak niii!!!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment