Presiden PAS Selamatkan Mangsa Lemas

Tuesday, January 26, 2010

Tutup Jangan Tak Tutup

PAC kata kes enjin F5E yang hilang itu telah ditutup. Tidak ada juga pegawai peringkat atasan TUDM yang terlibat. Heran juga bila PAC kata enjin itu hilang semasa di dalam simpanan (safe custody) di Sg. Besi (KL Base).
Setahu saya KL Base tu ketat kawalannya, setiap kenderaan yang masuk melalui guard room utamanya diperiksa rapi hatta bas yang membawa penumpang keluar/masuk pun diperiksa dengan teliti.
Walau bagaimana pun pengkalan ini pernah diroket dari arah jalan Chan Sow Lin suatu ketika dulu sehingga mengakibatkan semua rumah setinggan di tepi pagar tersebut dihapuskan.
Disamping itu pengkalan ini juga mempunyai satu lagi lapisan pagar yang mengasingkan jalan utama dengan kawasan operasi. Dan saya percaya mungkin enjin tersebut disimpan disalah satu hanger di dalam kawasan operasi tersebut.
Mana mungkin enjin sebesar itu dapat diseludup keluar dari pengkalan TUDM tersebut tanpa melalui 2 guard post.
Kalau pun enjin itu keluar dari pengkalan tersebut, ianya hanya boleh menggunakan trailer TUDM sahaja untuk mengangkut keluar. Bagaimana untuk menaikkan enjin itu ke atas trailer?, ianya juga mesti menggunakan forklift TUDM.Kenderaan awam yang lain tidak dibenarkan masuk dikawasan ini.
Penyiasatan mesti diteruskan dan tidak boleh ditutup begitu sahaja. Yang bersalah mesti tetap menerima hukuman.

No comments:

Post a Comment